Thursday, 23 May 2013

Refleksi Mingguan Wan Nur Izzati Husna

NAMA            : WAN NUR IZZATI HUSNA BINTI WAN MANSOR
NO MATRIK  : PEC120029


TOPIK 1: KONSEP & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
  • Membincangkan kepentingan keusahawan. Contohnya, pemangkin perubahan dan perkembangan ekonomi negara serta melahirkan individu yang mempunyai daya saing tinggi.
  • Usahawan merupakan perintis kejayaan aktiviti perniagaan.
  • Antara ciri-ciri keusahawanan ialah mempunyai komitmen, keazaman, ketabahan, berinisiatif dan bertanggungjawab.
  • Dalam perspektif Islam, seorang usahawan perlulah mempunyai ciri-ciri seperti sentiasa melangsaikan hutang, niat yang betul, dan bertanggungjawab terhadap semua.
  • Keusahawanan bermula pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Apabila British membahagikan sistem pecah & perintah di mana kaum di Tanah Melayu telah disusun seperti berikut :
  • Kaum Melayu - Pentadbir & petani
  • Kaum Cina      - Pelombong & peniaga.
  • Kaum India      -Sektor perladangan.
  • Selepas Merdeka, Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020 telah diperkenalkan.
  • Pada tahun 1995, penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan yang mana telah  ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia pada tahun 2005.

TOPIK 2 : ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
  • Seorang usahawan perlulah giat memperkembangkan perniagaan dan kreatif dalam merebut peluang.
  • Mempunyai networking untuk mendapat maklumat baru serta menganalisa segala maklumat sebelum membuat keputusan.
  • Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi – operasi bermutu tinggi.
  • Komitmen terhadap perjanjian kerja- bertanggungjawab terhadap pelanggan dan pekerja dan sedia mendengar rungutan.
  • Berorientasikan kecekapan dan mementingkan perancangan yang sistematik.

TOPIK 3 : ETIKA KEUSAHAWANAN
  • Keusahawanan dari segi Islam merupakan perniagaan barangan atau perkhidmatan bagi mencari rezeki halal yang menjadikan Rasulullah s.a.w.  sebagai contoh.
  • Panduan Islam – patuh kepada kontrak, dilarang penipuan dan salah tafsir iklan, dan timbangan yang tepat, perniagaan yang melibatkan riba serta menjaga kebajikan pekerja.

TOPIK 4 : KREATIVITI DAN INOVASI
  • Memahami aspek kreativiti dan inovasi,mengetahui kaedah berfikir secara kreatif serta inovatif.
  • Mengenal pasti strategi untuk menggalakkan kreativiti & inovasi.
  • Ciri-ciri seorang yang kreatif ialah berani mencuba idea yang baru dan mempunyai kawalan diri yang baik.
  • Menggunakan teknik peta minda dalam membina pendapat.
  • Halangan adalah seperti organisasi lain tidak memberi galakan  inovasi itu dan kekurangan sumber.
  • Strategi adalah seperti mengenalpasti kebolehan dan kemampuan diri serta berani untuk menghadapi kegagalan.

TOPIK 5 : PELUANG PEKERJAAN
  • Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan menilai serta  memilih peluang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.
  • Menganalisa persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan pelanggan.
  • Faktor-faktor persekitaran dan pasaran – perubahan demografi, perubahan psikografik, kesediaan sumber tempatan serta teknologi, dsb.
  • Menilai kesesuaian perniagaan dengan diri, menilai kesesuaian perniagaan dengan masyarakat, menilai kesesuaian diri dengan persekitaran, dsb.

TOPIK 6 : KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
  • Mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagan.
  • Mengetahui teknik perundingan dan kaedah komunikasi yang berkesan.
  • Teknik 5W1H.(What, Which, Where, When, Who, How)
  • Modal perniagaan, produk atau servis, lokasi perniagaan, kemahiran berkomunikasi (lisan, bertulis), dsb.
  • Perlu mengetahui format surat rasmi.

TOPIK 7 : MERANCANG PERNIAGAAN
  • Memahami maksud & tujuan rancangan perniagaan.(RP)
  • Memahami kepentingan RP dan mendapat panduan dalam menyediakan RP.
  • Format RP – tajuk muka surat depan, muka surat isi kandungan, ringkasan eksekutif, struktur RP, lampiran.
  • Pengenalan- latar belakang perniagaan, maklumat industri, bahagian pemasaran, pasaran, harga, dsb.
  • Promosi, pengedaran, persaingan, bahagian pengurusan, bahagian operasi, bahagian kewangan.

TOPIK 8 : KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK
  • Menerangkan mengenai empat fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan kawalan.
  • Asas pemasaran turut dibincangkan (saiz pasaran, segmentasi pasaran, analisis SWOT, dan strategi pemasaran).
  • Aspek kewangan (belanjawan operasi, belanjawan tunai, belanjawan modal).
  • Turut dinyatakan mengenai proforma kenyataan untung,  lembaran imbangan, titik pulangan modal.

No comments:

Post a Comment