NO MATRIK : PEK120013
Minggu 3 (Topik
1)
- Pada minggu ini, saya mula mengenali apakah yang dikatakan sebagai usahawan.
- Untuk menjadi seorang usahawan, kita perlu mengetahui dan mengenali usahawan yang telah berjaya.
- Apabila sudah mengenali, kita boleh mempelajari daripada mereka cara atau kaedah yang telah digunakan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
- Pada pandangan saya, tidak sukar untuk menjadi seorang usahawan. Perkara yang penting ialah tidak gentar menghadapu risiko.
- Pembelajaran minggu ini boleh diaplikasikan ketika saya hendak memulakan perniagaan. Biarpun bermula dengan modal yang kecil, ini bermakna saya tidak akan berjaya.
Minggu 4 (Topik
2)
- Pada minggu ini, saya mempelajari perkara yang diperlukan dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya.
- Selain itu, saya juga mempelajari ciri-ciri yang diperlukan dalam menjadi seorang usahawan.
- Perkara ini perlu diketahui oleh setiap insan yang ingin menjadi seorang usahawan.
- Apabila ciri-ciri ini dapat diterapkan dala diri seseorang, maka dia berpotensi untuk mejadi seorang usahawan yang berjaya dan terkenal.
- Ciri-ciri yang dipelajari ini bukan sahaja boleh diaplikasi apabila menjadi seorang usahawan, ini juga boleh diguna semasa menjadi seorang makhluk di muka bumi ini.
Minggu 5 (Topik
3)
- Pada minggu ini, saya mempelajari etika usahawan dalam Islam.
- Saya memperoleh pengetahuan tentang beberapa perkara penting etika usahawan tersebut seperti keberkatan, riba dan sebagainya.
- Islam merupakan agama yang adil dan mudah.
- Oleh itu, ia menggalakkan setiap manusia untuk berlaku jujur dan amanah dalam menjadi seorang usahawan.
- Ilmu ini sangat penting kerana ramai ketika ini tidak jujur dalam perniagaan mereka.
- Jika kejujuran berlaku, maka semua pihak akan berasa senang.
Minggu 6 (Topik
4)
- Pada minggu ini, saya mempelajari perkara penting dalam keusahawanan iaitu kreatif dan inovasi.
- Seorang usahawan perlu mencipta sesuatu barangan atau sebagainya untuk menarik pelanggan.
- Barang tersebut mestilah diubahsuai atau dicipta untuk memenuhi permintaan pelanggan.
- Pembelajaran ini juga menerangkan ciri-ciri untuk melakukan kreatif dan proses kreatif.
- Pembelajaran ini sangat bagus kerana kita mampu mengaplikasikannya di mana-mana sahaja.
- Pada masa yang sama, ia juga boleh di gunakan pada bila-bila masa oleh setiap orang.
- Contohnya dalam mencipta buku, alat muzik dan sebagainya.
Minggu 7 (Topik
5)
- Pada minggu ini, saya mempelajari cara untuk mencari peluang menjadi seorang usahawan.
- Untuk menjadi seorang usahawan tidak susah, tetapi untuk mencari peluang, kita perlu banyak mencari dan mencuba.
- Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah persekitaran, bahan, masyarakat dan sebagainya.
- Apabila barangan yang ingin kita keluarkan menjadi pilihan masyarakat, ini bermaksud barangan tersebut amat diperlukan dan diluaskan kepada masyarakat setempat.
- Contohnya jika sesebuah tempat tidak mempunyai sesuatu alat, maka jika seorang usahawan menyediakan alat tersebut, maka ini akan menjadi pilhan masyarakat.
- Pelajaran ini boleh diaplikasikan di mana-mana tempat terutamanya sebagai seorang usawahan.
- Apabila seseorang berjaya mendapat tempat dan barangan yang sesuai, maka dia secara rasminya dapat membuka perniagaan.
Minggu 8 (Topik 6)
- Pada minggu ini, saya mempelajari kemahiran untuk memulakan perniagaan.
- Dalam menjadi seorang usahawan, saya perlu mengetahui aspek yang diperlukan sebelum memulakan perniagaan.
- Kemahiran 5W1H amat diperlukan bagi memulakan perniagaan.
- Untuk memulakan perniagaan, aspek yang diperlukan ialah modal, produk, lokasi, alatan, kemahiran perundingan dan lain-lain.
- Sebagai seorang usahawan, komunikasi adalah perkara paling penting dan terbahagi kepada dua iaitu lisan dan bukan lisan.
- Komunikasi juga boleh melalui internet, telefon, perbincangan dan sebagainya.
- Aspek ini amat penting kerana usahawan perlu mempunyai komunikasi yang baik dengan pelanggan.
- Pembelajaran ini boleh diaplikasikan dimana-mana kerana komunikasi merupakan aspek yang paling penting walaupun seseorang itu tidak berminat untuk menjadi seorang usahawan.
Minggu 9 (Topik 7)
- Pada minggu ini, saya mempelajari tentang merancang perniagaan.
- Dalam topik ini, saya dapat mengetahui perkara-perkara penting yang perlu ada dalam perancangan ini.
- Pada masa yang sama, saya juga dapat mengetahui aspek yang diperlukan dalam rancangan perniagaan.
- Antara aspek penting ialah badan eksekutif, latar belakang, cara pemasaran, harga, promosi, pengedaran, persaingan, pengurusan dan operasi.
- Jika semua ini dapat dipenuhi, maka saya dan orang lain dapat membuka satu perniagaan.
Minggu 10 (Topik 8)
- Pada minggu ini, saya mempelajari tentang kemahiran mengurus projek.
- Antara perkara yang dipelajari ialah organisasi, kepimpinan, kawalan, pemasaran, kewangan dan sebagainya.
- Pengurusan projek adalah perkara penting untuk menjadikan sebuah perniagaan yang berjaya.
- Ramai yang muflis kerana tidak bijak dalam pengurusan projek.
- Oleh itu, saya dan semua pihak perlu bijak untuk memastikan perjalanan perniagaan lancar dan tidak terganggu sepanjang perniagaan tersebut.
No comments:
Post a Comment