Thursday, 23 May 2013

Refleksi Mingguan Norazura

NAMA            : NORAZURA BINTI BUSTAMI
NO MATRIK  : PEC120020



MINGGU 3 TOPIK 1: (KONSEP PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN)
  • Pada minggu ini mempelajari konsep awal  iaitu kepentingan keusahawanan dari  3 aspek .
  • Perkembangan ekonomi Negara
  • Melahirkan individu berdaya saing,.
  • Mengembangkan budaya.
  • Selain itu juga,membincangkan tentang menjadi seorang usahawan dan tokoh yang Berjaya dalam bidang ini seperti  Joseph schumpter, Scarborough and zimmerer.
  • Tokoh–tokoh ini membincangkan seorang usahan perlulah inovatif, kreatif, membawa pembaharuan dan pandai merebut peluang yang sedia ada.
  • Berbeza dengan perspektif islam, lebih ke arah niat yang betul, berilmu, menjauhkan aktivi haram, melangsaikan hutang seperti yang dituntut dalam islam dan yang paling penting adalah bersyukur.
  • Pada minggu ini juga, menerangkan tentang sejarah  perkembangan keusahawanan pada zaman kesultanan melayu Melaka,bagaimana British bijak membahagikan setiap kaum dengan kerja masing-masing.
  • Disambung selepas era kemerdekaan melalui Dasar-Dasar negara.
  • Apa yang dapat saya pelajari pada minggu ini,untuk menjadi seorang usahawan perlu mempunyai semangat yang tinggi seiring usaha dan menggunakan ilmu dengan sebetulnya.
  • Saya akan menggunakan ilmu ini walaupun tidak menjadi seorang usahawan tetapi dalam bidang lain kerana ilmu keusahawanan yang dipelajari adalah luas.


MINGGU 4 TOPIK 2 : (ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI)
  • Pada minggu ini membicangkan  tentang  jika ingin menjadi seorang usahawan yang Berjaya perlulah bersikap:

  1. inisiatif,
  2. melihat dan merebut peluang,
  3. kecekalan,
  4. bijak mencari maklumat
  5. menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
  6. komitmen terhadap perjanjian kerja
  7. berorentasikan kecekapan
  8. membuat perancangan yang sistematik
  9. bijak menyelesaikan masalah
  10. ketegasan
  11. meyakinkan orang lain
  12. menggunakan strategi pengaruh

  • setiap ciri di atas adalah penting bagi seseorang usahawan yang inginkan kejayaan dan perlu diaplikasikan ilmu ini untuk menjadi seorang usahawan yang bukan sahaja berjaya tetapi berkualiti.

MINGGU 5 TOPIK 3(ETIKA KEUSAHAWANAN)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang keusahawanan dari segi perspektif islam  seperti menerangkan konsep keberkatan dalam perniagaan.
  • Contoh tokoh yang disanjungi dalam bidang keusahawanan dalam islam ialah Rasulullah S.A.W .
  • Selain itu juga,menekankan tentang etika keusahawanan sebagai contoh pematuhan dalam kontrak,penipuan ,timbangan yang tepat dan banyak lagi.
  • Secara keseluruhanya menunjukkan islam menekankan konsep memperolehi rezeki yang halal tanpa sebarang penipuan kerana islam adalah agama yang syumul.Jika seorang islam mematuhi segala panduan yang telah ditetapkan ,pasti menjadi seorang usahawan yang berjaya.

MINGGU 6 TOPIK 4 (KREATIVITI DAN INOVASI)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang konsep kreativiti dan inovasi iaiti yang mesti ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  • Terdapat empat fasa dalam proses kreativiti secara ringkasnya,pengumpulan pengetahuan,inkubator ,idea dan pelaksanaan.
  • Selain itu juga ,membincangkan tentang kepentingan membina idea yang kreatif kerana idea yang kreatif dapat mewujudkan peluang perniagaan .
  • Antara sikap individu yanf kreatif adalah merendah diri dan bangga diri,berani,bersikap terbuka,dan banyak lagi.
  • Pentingya  teknik menjana idea kreatif dan inovatif yang ditekankan seperti  percambahan fikiran,analogi paksaan,pelaksanaan,peta minda dan juga kumpulan nominal.
  • Selain itu juga,terdapat halangan kepada kreativiti dan inovasi seperti kekurangan sumber,takut,dan kurang yakin.
  • Kesimpulannya,kreativiti dan inovasi adalah ciri WAJIB yang perlu ada pada seorang usahawan untuk menjadi seorang yang  Berjaya kerana dengan adanya ciri ini membolehkan seorang usahawan berani untuk mengeksploitasi idea menjadi rancangan perniagaan.

MINGGU 7 TOPIK 5 (PELUANG PERNIAGAAN)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang bagaimana mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan menilai serta  memilih peluang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.
  • Selain itu juga menekankan situasi menyumbang peluang perniangaan  seperti pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baharu.
  • Menilai kesesuaian perniagaan dengan diri, menilai kesesuaian perniagaan dengan masyarakat, menilai kesesuaian diri dengan persekitaran dan banyak lagi .
  • Apa yang dapat saya pelajari pada minggu ini,seorang usahawan perlulah bijak mengambil peluang yang sedia ada.Selain itu juga, usahawan perlu mengkaji dan mencari maklumat tentang apa yang dimahukan oleh pelanggan untuk menjadi yang terbaik.

MINGGU 8 TOPIK 6 (KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN)
  • Pada minggu ini membincangkan kemahiran mengenal pasti sumber seperti modal perniagaan,produk atau servis,lokasi perniagaan  dan kelengkapan perniagaan.
  • Kemahiran yang dibincangkan merupakan kemahiran awal yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk merealisasikan perniagaan mereka.
  • Selain itu juga menerangkan konsep asas perundingan ,persediaan perundingan dan proses perundingan,strategi perundingan ,taktik perundingan  kerana ini adalah konsep asas dalam kehidupan.
  • Antara perkara penting dalam menjadi usahawan ialah kemahiran komunikasi kerana komunikasi adalah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang melibatkan dua pihak.
  • Kesimpulanya,kemahiran memulakan perniagaan adalah sangat penting untuk bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan mereka.

MINGGU 9 TOPIK 7 (MERANCANG PERNIAGAAN)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang konsep rancangan perniagaan dan kepentingan rancangan perniagaan dan format rancangan perniagaan.
  • Rancangan perniagaan  merupakam  dokumen yang bertulis yang menerangkan perniagaan tersebut secara menyeluruh.
  • Format RP –
  • tajuk muka surat depan,
  • muka surat isi kandungan,
  •  ringkasan eksekutif,
  • struktur RP,
  •  lampiran.
  • Kesimpulanya,untuk memulakan sebuah perniagaan,seorang usahawan perlulah merancang perniagaan dengan baik untuk memastikan kelancaran perniagaan yang seterusnya. 

MINGGU 10 (TOPIK 8)
  • Pada minggu ini,saya dapat belajar mengenai kemahiran mengurus projek perniagaan dalam aspek pentadbiran, asas pemasaran, komponen-komponen rancangan pemasaran dan kewangan dalam perniagaan.
  • Aspek kewangan (belanjawan operasi, belanjawan tunai, belanjawan modal) juga penting dalam perniagaan.
  • Selain itu juga,turut dinyatakan mengenai proforma kenyataan untung, lembaran imbangan, titik pulangan modal. 
  • Kesimpulanya,pada minggu ini secara keseluruhanya,belajar mengenai kemahiran dalam perniagaan dari semua aspek yang sangat penting yang boleh digunakan dalam perniagaan.

No comments:

Post a Comment