NO MATRIK : PEK120006
Minggu 3 (Topik 1) KONSEP PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
- Minggu ini saya dapat mempelajari konsep dan pembangunan keusahawanan.
- Pertama sekali sebelum menjadi usahawan kita perlu menilai kepentingan keusahawanan supaya kita ada matlamat yang jelas.
- Selain itu, saya juga dapat mengetahui konsep usahawan. Dimana seseorang yang berinovasi dan yang membawa perubahan serta seseorang yang membuka perniagaan walaupun banyak halangan atau gangguan.
- Keusahawanan adalah pula mencipta kekayaan. Kekayaan yang boleh didapati dengan kesungguhan dan usaha serta menghadapi pelbagai risiko dan masalah.
- Untuk menjadi usahawan kita perlu ada keinginan dan berusaha, realistik, berfikir ke hadapan, niat yang betul dan bayar hutang dengan kadar yang segera.
- Segala ilmu yang saya dapati ini, dapat saya gunakan apabila saya hendak menjadi usahawan. Sebelum menjadi usahawan kita perlu tahu konsep dahulu dan apa ciri-ciri usahawan supaya saya dapat menjadi usahawan yang terbaik.
- Tidak mustahil suatu hari nanti, saya akan membimbing generasi akan datang untung menjadi usahawan.
Minggu 4 (Topik 2) ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
- Setiap usahawan mempunyai tahap kompetensi diri yang berbeza. Mengikut kelebihan dan kekurangan diri.
- Jadi kita perlu menilai kompentensi keusahawanan diri berdasarkan perkara berikut :
- Inisiatif dimana usahawan tersebut sanggup melakukan sesuatu tanpa menunggu arahan serta tidak mengharapkan sesuatu atau peluang datang bergolek
- Melihat dan Merebut Peluang di mana mata usahawan perlu menjadi seperti mata helang. Jika ada sahaja peluang, mereka akan segera mengambil peluang tersebut. Selain itu, mereka akan wujudkan perniagaan dari apa yang usahawan lain tidak boleh lakukan.
- Kecekalan. Setiap perniagaan pasti akan ada risiko. Jika seseorang usahawan itu tidak cekal dan berusaha, maka hancurlah perniagaan yang dihasilkan. Sekiranya ada masalah segera diselesaikan.
- Mencari Maklumat. Setiap usahawan perlu mencari maklumat supaya perniagaan dapat meningkatkan lagi perniagaan mereka. Selain itu, usahawan perlu peka dengan kritikan disekeliling.
- Menitikberatkan Mutu Kerja yang Tinggi. Bagi sesebuah pernigaan mutu kerja amat penting supaya kerja yang dilakukan cemerlang dan bukan hanya untuk selesaikan kerja sahaja.
- Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja. Di mana setiap usahawan perlu bertanggungjawab dengan permintaan dan rungutan pelanggan serta mampu membantu pekerja lain.
- Berorientasikan kecekapan. Usahawan yang berinovasi akan sedaya upaya untuk menstabilkan kos perniagaan dan menggunakan kaedah perniagaan yang terkini untuk lebih maju.
- Membuat Perancangan Yang Sistematik. Usahawan yang bagus akan mempunyai matlamat. Melalui matlamat itu, usahawan dapat aturkan strategi tugas yang bersistematik.
- Menyelesaikan masalah. Setiap perniagaan pasti akan ada masalah. Jadi usahawan yang bagus akan sentiasa cari idea baru untuk selesaikan masalah.
- Keyakinan Diri. Jika usahawan tidak yakin maka hancurlah perniagaannya. Usahawan perlu berani untuk mencuba.
- Ketegasan. Masalah dengan pekerja, hutang-hutang memerlukan setiap usahawan menjadi lebih tegas. Serta mampu membetulkan apa yang tidak betul.
- Meyakinkan Orang Lain. usahawan perlu yakin supaya boleh berurusan dengan pihak yang besar atau pembekal.
- Menggunakan Strategi Pengaruh. Memikirkan strategi untuk pengaruhi orang lain tanpa mempunyai tipu helah.
- Setiap usahawan perlu menyediakan diri mengikut kompetensi keusahawan diri. Melalui pembacaan dan sesi kuliah, kompetensi sangat penting sebagai garis panduan kepada saya supaya dapat menjadi usahawan yang berkualiti.
- Saya juga berharap dapat menjadi usahawan yang mampu berdaya saing, sanggup mengambil risiko serta sentiasa yakin.
Minggu 5 (Topik 3) ETIKA KEUSAHAWANAN
- Mengikut islam keusahawan adalah perniagaan yang diusahakan dengan menghasilkan barangan bagi mendapat rezeki yang halal.
- Perniagaan mengikut islam adalah 9/10 daripada sumber rezeki dan ia termasuk dalam fardhu kifayah.
- Bagi mendapat perniagaan yang halal setiap usahawan menjalankan perniagaan mengikut etika islam.
- Apabila kontrak dimeterai kita perlu patuh dan jujur dan tidak menipu dari semua aspek. Apa yang kita iklan itulah kita jual dan tidak mengelirukan.
- Timbangan barang perlulah tepat dan tidak berlaku kekurangan dan tidak mengeksploitasi barang serta tidak bersifat tamak.
- Usahawan juga tidak boleh membazir kerana membazir amaln syaitan. Selain itu, jangan sesekali mengamalkan riba, ia juga akan menjadikan rezeki tidak halal.
- Bagi ketua, mereka perlu mencari pekerja secara adil dan tidak pilih kasih supaya mutu kerja menjadi baik.
- Ketua juga perlu adil dan saksama tanpa mengira warna kulit atau rupa. Namun apabila melakukan perniagaan seseorang usahawan perlu peka dengan alam sekitar dan tidak merosakkan alam sekitar.
- Saya berpendapat bahawa apabila hendak menjadi usahawan yang berjaya, saya juga memerlukan garis panduan dari sudut islam. Melalui etika keusahawan saya dapat menjalankan perniagaan dengan cara yang betul.
- Saya juga berharap supaya semua peniaga termasuk diri saya sendiri dapat mengikuti etika keusahawanan ini dan seterusnya perniagaan lebih diberkati.
Minggu 6 (Topik 4) KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERNIAGAAN
- Minggu ini saya dapat mempelajari bahawa kreativiti adalah cara kita menyelesaikan masalah dan masalah yang bakal dihadapi, manakala inovosi adalah memberi nafas baru terhadap sesuatu produk supaya menjadi lebih baik.
- Untuk menjadi uasahawan yang kreatif kita perlu ilmu yang penuh di dada melalui pelbagai cara seperti membaca. Kita juga perlu menjadi inkubator di mana apabila ada masalah tidak memperbesarkan tetapi mencari lebih idea. Usahawan yang berjaya boleh mencari idea dalam apa-apa keadaan. Apabila sudah idea, usahawan tersebut perlu nilai dan jika ia bagus mereka boleh terus laksanakan.
- Idea yang kreatif menjadikan perniagaan kita berbeza daripada perniagaan yang lain.
- Individu yang kreatif sentiasa rendah diri dan bangga dalam waktu yang sama, rasional, boleh ambil risiko, berdisiplin, cuba jaya dan menerima kritikan.
- Bagi menjana idea keatif dan inovasi setiap usahawan perlu sentiasa mencari idea, melakukan sesuatu dengan memaksa diri, kenalpasti masalah serta analisis masalah kemudian laksanakannya.
- Usahawan juga perlu sentiasa melakukan brainstorming dan melakukan undian dalam sesuatu perkara dengan pekerja untuk mendapatkan idea.
- Usahawan juga perlu mengenalpasti apa jenis inovasi yang akan mereka gunakan supaya produk yang dihasilkan berkualiti dan bermutu.
- Setiap perniagaan pasti ada halangan sama ada datang dari usahawan tersebut mahupun keadaan disekeliling.
- Kemudian rancang strategi untuk menjadi lebih kreatih dan inovasi seperti sanggup ambil risiko serta mencari jalan penyelesaian.
- Melalui topik ini saya dapat mempelajari setiap usahawan perlu berfikiran secara kreatif supaya dapat merancang perniagaan yang hebat serta berkualiti. Selain itu juga, usahawan perlu menjadi lebih berinovasi supaya perniagaan dapat berubah ke peringkat yang lebih maju.
- Melaui topik ini, dapat memberi saya maklumat yang sangat berguna di mana bukan untuk untung sahaja tetapi mencari keuntungan di samping melakukan perubahan.
Minggu 7 (Topik 5) PELUANG PERNIAGAAN
- Minggu saya telah mempelajari peluang perniagaan. Di mana setiap usahawan menganggap setiap aspek adalah peluang.
- Peluang boleh didapati dengan apabila peniaga tidak mempunyai stok yang cukup dan yang tidak memenuhi kehendak pelanggan.
- Sebelum mendapatkan peluang, kita perlu kaji persekitaran dan melakukan penilaian.
- Seseorang usahawan juga perlu bijak untuk mempertimbangkan faktor-faktor persekitaran dan pasaran supaya perniagaan yang dijalankan dapat memenuhi keinginan pelanggan yang berbagai-bagai ragam.
- Apabila seseorang usahawan itu sudah mempunyai idea maka mereka perlu mengaplikasikan idea-idea tersebut kepada reality dan menilai keberkesanan idea yang telah dirancang.
- Bagi saya setiap apa yang saya pelajari amat berguna dan saya juga mempelajari bagaimana hendak mencari peluang perniagaan. Kini saya lebih peka dengan keperluan pelanggan melalui dengan mengenalpasti dan mengkaji peluang perniagaan.
- Tanpa peluang semua usahawan tidak dapat mewujudkan perniagaan.
Minggu 8 (Topik 6) : KEMAHIRAN MEMULAKAN
PERNIAGAAN
- Setiap usahawan memerlukan kemahiran mengenal pasti sumber supaya perniagaan mereka berjalan dengan lancar.
- Antara kaedah yang boleh digunakan ialah teknik pertanyaan 5W1H. Soalan ini boleh digunakan dalam perkara-perkara berikut:
- Modal perniagaan – jumlah yang diperlukan
- Produk servis – bekalan produk yang boleh diperolehi
- Lokasi perniagaan – permit dan tempat menyewa
- Kelengkapan perniagaan – kos kelengkapan
- Sebagai usahawan juga, mereka perlukan kemahiran perundingan. Di mana setiap urusan pembelian dan penjualan bukanlah satu proses yang mudah dan ia memerlukan kemahiran berunding. Antara strategi konsep perundingan adalah:
- Konsep asas perundingan – melibatkan dua pihak dan mengambil masa beri persetujuan.
- Persediaan perundingan - dress code, wujudkan tanggapan yang positif.
- Proses perundingan – boleh bertolak ansur, memastikan mesej yang hendak disampaikan boleh difahami.
- Strategi perundingan - sentiasa ada pelan kecemasan, cuba puaskan kehendak pelanggan.
- Taktik perundingan – guna taktik positif,
- Usahawan juga amat memerlukan kemahiran komunikasi sama ada secara dalaman atau luaran. Komunikasi adalah proses menghantar maklumat secara verbal atau non-verbal.
- Pelbagai bentuk komunikasi yang dapat digunakan seperti iklan, temu bual dan telefon.
- Usahawan juga perlu menjadi pendengar yang setia dan menggunakan bahasa yang sesuai tanpa menyakiti perasaan pelanggan.
- Saya merasakan topik ini sangat berguna bagi saya kerana saya masih baru dalam melakukan perniagaan. Hal ini kerana saya merasakan saya masih kekurangan dalam kemahiran ini terutamanya komunikasi. Jadi saya perlu gigih untuk menajamkan kemahiran komunikasi saya.
Minggu 9 (Topik 7) MERANCANG PERNIAGAAN
- Sebelum memulakan sesuatu perniagaan seseorang usahawan itu pasti perlu menyediakan perancangan perniagaan.
- Rancangan perniagaan (RP) adalah dokumen yang bertulis yang menerangkan perniagaan tersebut secara menyeluruh.
- RP penting kerana ia membolehkan pihak pelanggan dapat menganalisis perniagaan kita serta memberi gambaran tentang projek yang dijalankan.
- RP mempunyai format yang tersendiri:
- Tajuk muka hadapan – nama dan alamat perniagaan
- Muka surat isi kandungan
- Ringkasan eksekutif – elemen-elemen utama pernigaan.
- Struktur RP – latar belakang perniagaan, pemilikan, kewangan
- Lampiran – kad pendaftaran, lesen operasi
- Dengan adanya RP ini dapat saya gunakan sebagai panduan apabila hendak memulakan perniagaan. Mungkin jika perniagaan yang dijalankan bersendirian (tiada pekerja) tidak memerlukan RP, namun bagi usahawan mahupun diri saya sendiri yang ingin membuat perniagaan yang besar amat memerlukan RP.
- Saya berharap supaya RP ini dapat saya buat dengan baik, terutamanya ringkasan eksekutif.
Topik 8 (KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN)
- Pada minggu ini saya dapat mempelajari kemahiran mengurus projek perniagaan. Di mana ia terbahagi kepada empat bahagian iaitu pentadbiran, asas pemasaran, komponen-komponen rancangan pemasaran dan kewangan dalam perniagaan.
- Pentadbiran mempunyai pengurusan dan organisasi.
- Pengurusan merupakan satu proses yang mengawal sumber-sumber secara cekap dan efektif untuk mencapai matlamat.
- Organisasi pula sekmpulan pekerja yang bekerja bersama-sama untuk capai matlamat.
- Seterusnya ialah, kita perlu ada perancangan apabila melakukan sesuatu perkara dan ia pasti aka nada cabaran yang tersendiri.
- Pengorganisasian di mana setiap seorang itu mempunyai tanggungjawab tentang tugas yang perlu mereka lakukan.
- Kepimpinan ialah di mana ketua dapat mempengaruhi pekerja untuk capai matlamat.
- Kawalan amat penting dalam sesebuah perniagaan dan ia merupakan garis panduan kepada aktiviti yang dirancang.
- Dalam asas pemasaran pula, ia digunakan bagi mengenalpasti kehendak dan keperluan pelanggan. Ia juga memberi kepuasan kepada pengguna. Bagi asas pemasaran, seseorang usahawan itu perlu lakukan tinjauan pasaran bagi mendapat maklumat yang tepat, melihat juga permintaan yang menjadi trend dipasaran, kenalpasti persaingan yang ada, saiz pasaran serta persekitaran tempat untuk berniaga. Terdapat 4 jenis pasaran
- Pasaran kerajaan – agensi kerajaan, beli dengan sebut harga dan tender
- Pasaran penjual – syarikat lain beli produk dan tidak lakukan pengubahsuaian
- Pasaran pengguna – pengguna terakhir produk dengan tujuan kegunaan peribadi
- Pasaran industri – syarikat yang beli bahan mentah dan digabung dengan komponen lain untuk diproses sebelum dijual
- Seterusnya ialah komponen-komponen rancangan pemasaran
- Produk dan servis yang ditawarkan – spesifikasi produk, faedah pembeli, kaitan
- dengan permintaan pelanggan
- Sasaran pasaran – pelanggan dan kawasan pemasaran
- Proses mengenalpasti pasaran – produk yang boleh dijual, pilih sasaran pasaran,
- segmentasi pasaran.
- Asas segmentasi pasaran – geografi (tempat), demografi (pekerjaan), psikografi
- (rasa)
- Elemen pilih sasaran pasaran – saiz jualan, potensi, perkongsian pasaran, trend
- pasaran
- Saiz pasaran – boleh didapati melalui data sekunder, nyata dalam unit atau ringgit
- Jualan
- Pesaing utama – perniagaan produk yang sama, kenalpasti kekuatan dan
- kelemahan pesaing, ada perniagaan yang telah tamat operasinya.
- Kekuatan dan kelemahan pesaing – buat analisa
- Analisis SWOT – kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis luar dan
- dalaman sesebuah firma, bantu berada di landasan yang betul
- Syer pasaran – pembahagian pasaran, anggaran keuntungan
- Ramalan jualan
- Strategi pemasaran –produk (berbeza), harga (beri harga murah), promosi
- (menarik), edaran (publisiti)
- Kewangan dalam perniagaan alat rancang operasi kewangan. Contoh belajawan ialah operasi, tunai, modal.
- Bentuk proforma penyata kewangan – ramalan jualan, sasaran untung.
- Bentuk proforma lembaran imbangan – kedudukan kewangan akhir tahun, guna maklumat dariproforma penyata pendapatan dan belanjawan aliran tunai.
- Analisis pulangan modal – tahu waktu untung untuk berniaga.
No comments:
Post a Comment