NO MATRIK : PEC120002
TOPIK 1: KONSEP & PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN
- Membincangkan kepentingan keusahawanan dari segi perkembangan ekonomi negara, melahirkan individu berdaya saing, mengembangkan budaya, dan sebagainya.
- Membincangkan ciri-ciri usahawan dari perspektif tokoh-tokoh terkemuka seperti:-
- Joseph Schumpeter(1934) – “Theory of Economics Development” perkenalkan ciri-ciri usahawan saperti unik, berinovasi, kreatif, pembawa perubahan & pembaharuan.
- Scarborough & Zimmerer (1998) - mencipta perniagaan baru & berupaya menghadapi ketidaktentuan bagi meraih keuntungan & pertumbuhan dengan merebut peluang melalui sumber yang disediakan.
- Kuratko & Hodgetts (2007) – Kenalpasti peluang dimana orang nampak gangguan & kecelaruan, teliti, pandai menimbang, mengatur, mengurus dan mengambil risiko & berobjektifkan inovasi, keuntungan & perkembangan.
- Dari perspektif Islam, Mohd Salleh et. al (2005):-
- Niat yang betul
- Berilmu dan berkemahiran
- Bertanggungjwab
- Menghindari aktiviti haram
- Melangsaikan hutang
- Bersyukur
- Perkembangan keusahawanan pada zaman kesultanan Melayu Melaka. British membahagikan sistem pecah & perintah di mana kaum di Tanah Melayu telah disusun seperti berikut :
- Kaum Melayu - Pentadbir & petani
- Kaum Cina - Pelombong & peniaga.
- Kaum India - Sektor perladangan.
- Selepas Merdeka, Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020 telah diperkenalkan.
- Pada tahun 1995, penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan bagi mengawal & mempromosikan pembangunan keusahawanan dan ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia pada tahun 2005.
TOPIK 2 : ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
- Ciri-ciri seorang keusahawanan perlulah mencari inisiatif untuk berusaha mengembangkan perniagaan dan kreatif merebut peluang yang ada.
- Perlu cekal dan tabah mengatasi risiko dengan berusaha tanpa putus asa. Cenderung mencari dan menganalisa maklumat sebelum membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
- Hendaklah menitikberatkan menghasilkan berangan yang bermutu kerja yang tinggi.
- Berkomitmen dan bertanggungjawab terhadap pekerja dan pelanggan
- Perniagaan berorientasikan kecekapan dan perancangan yang sistematik dari segi pengurusan, teknologi, tenaga mahir dan maklumat terkini.
TOPIK 3 : ETIKA KEUSAHAWANAN
- Membincangkan keusahawanan dari kaca mata Islam.
- Menekankan perniagaan barangan atau perkhidmatan hendaklah mencari rezeki yang halal dan menjadikan Rasulillah sebagai contoh martabat yang tinggi.
- Berorientasikan panduan Islam(Syumul)- patuh pada kontrak, penipuan dan salah tafsir iklan, timbangan yang tepat, riba, amanah, tanggungjawab social dan alam sekitar.
TOPIK 4 : KREATIVITI DAN INOVASI
- Memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk dan merancang strategi perniagaan
- Membincangkan ciri-ciri individu yang keratif seperti:-
- Rendah diri + bangga diri
- Berani mencuba idea baru
- Terima kritikan dengan terbuka
- Kawalan diri yang baik
- Bermatlamat
- Menggunakan teknik, strategi dan mengenal pasti halangan bagi menjana idea kreatif dan inovatif.
TOPIK 5 : PELUANG PERNIAGAAN
- Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan menilai peluang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.
- Mengenal pasti situasi yang menyumbang kepada peluang perniagaan
- Proses mengenal pasti, menilai & memilih peluang
- Faktor-faktor persekitaran dan pasaran
- Menilai kesesuaian perniagaan dengan diri/masyarakat/persekitaran
TOPIK 6 : KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
- Mengenal pasti sumber yang diperlukan, teknik perundingan dan kaedah komunikasi yang berkesan
- Kemahiran awal (teknik 5W1H)
- Modal perniagaan
- Produk/servis
- (sasaran/bahan)
- Lokasi perniagaan
- Kelengkapan perniagaan
- (layout/susun atur)
- Kemahiran perundingan
- (sebelum/proses/strategi/taktik)
- Kemahiran komunikasi
TOPIK 7 : MERANCANG PERNIAGAAN
- Membincangkan bagaimana merangcang perniagaan(RP) iaitu dokumen bertulis bagi menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan secara menyeluruh yang merangkumi analisis, ramalan & jangkaan serta perlaksanaan strategi
- Kepentingan merangcang perniagaan ialah supaya memberi peluang orang lain menilai idea dan gambaran projek dirancangkan.
- Format RP:-
- Tajuk muka surat depan:
- Tajuk RP.
- Nama & Alamat perniagaan.
- Nama penulis.
- Tarikh disediakan.
- Muka surat isi kandungan:
- Tajuk-tajuk utama mengikut muka surat.
- Ringkasan Eksekutif
- Struktur RP:
- Pengenalan
- Tujuan
- Latar belakang perniagaan
- Latar belakang pemilikan
- Pemasaran (kaedah & strategi)
- Kewangan (modal & kos)
- Rumusan & justifikasi
- Lampiran
TOPIK 8
- Minggu ini diterangkan mengenai kemahiran mengurus projek. Ada 4 aspek pengurusan projek iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan. Kempat-empat ini sangat penting dalam menguruskan projek atau perniagaan dengan baik
- Dalam asas pemasaran, usahawan perlulah mengkaji terlebih dahulu dan membuat strategi untuk memberikan kepuasan terhadap pengguna. Terdapat 4 jenis pasaran iaitu kerajaan, penjual, industry dan pengguna
- Dalam aspek kewangan pula, usahawan perlulah menyediakan rancangan kewangan dan belanjawan bagi mengekalkan kestabilan perniagaan.
No comments:
Post a Comment