Thursday, 23 May 2013

Refleksi Mingguan Munira

NAMA            : MUNIRA BINTI MUHIYDDIN
NO MATRIK  : PEK120014



TOPIK 1: KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari mengenai kepentingan keusahawanan. Salah satu daripadanya ialah membantu melahirkan indidvidu yang positif yang berjaya serta mempunyai ciri survival, daya tahan dan daya saing yang tinggi.
  • Saya turut didedahkan dengan konsep usahawan dan keusahawanan.
  • Usahawan merupakan perintis kepada kejayaan aktiviti perniagaan. Manakala keusahawanan merupakan satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan.
  • Pensyarah turut menerangkan 11 ciri keusahawanan menurut Kao (1991) dan 15 ciri usahawan berjaya menurut perspektif islam.
  • Selain itu, pensyarah memberitahu mengenai perkembangan keusahawanan di Malaysia dimana sebenarna keusahawanan telah bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing.
  • Dengan ini, saya boleh mengaplikasikan kesemua ciri yang diterangkan supaya boleh menjadi salah seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, ciri-ciri keusahawanan yang diterangkan boleh menjadi pembakar semangat untuk lebih bersungguh-sungguh menjalankan sesuatu perniagaan.


    TOPIK 2: ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tentang bagaimana hendak membangunkan tahap kompetensi keusahawan diri.
  • Pensyarah menerangkan 13 aspek yang perlu ada dalam seseorang yang ingin menjadi usahawan. Sambil penerangan dilakukan, saya menganalisis kesemua ciri-ciri tersebut dengan diri.
  • Saya juga diterangkan mengenai kepentingan aspek-aspek tersebut perlu ada dalam diri seorang usahawan.
  • Sebagai contoh, aspek inisiatif. Sikap individu yang berinisiatif adalah giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang, keluaran atau perkhidmatan yang baharu. Manakala kepentingan aspek inisiatif pula ialah seseorang yang ingin memulakan tidak akan mengharapkan peluang datang bergolek malah usahawan tersebut yang perlu mencari peluang.
  • Selain itu, pensyarah mengharapkan kami dapat mempamerkan ciri keusahawan dalam diri selepas penerangan mengenai kompetensi keusahawanan diri.
  • Daripada kuliah minggu ini, saya berasa lebih yakin untuk menjadi seorang usahawan kelak. Berdasarkan 13 aspek yang diterangkan, saya akan mengaplikasikan dalam diri untuk lebih yakin menjadi seorang usahawan dan bersedia menghadapi cabaran yang bakal ditempuh dalam sesuatu perniagaan.


TOPIK 3: ETIKA KEUSAHAWANAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tentang konsep keberkatan (barakah) dalam sesuatu perniagaan.
  • Pensyarah menerangkan 9 etika keusahawanan yang perlu dipupuk dalam diri seorang usahawan muslim.
  • Hal ini kerana, matlamat mencari keredaan Allah SWT yang menjangkau kehidupan dunia semata-mata seharusnya membataskan tindakan kepada kaedah yang diberkati dan dituntut oleh agama.
  • Oleh itu, seseorang usahawan terutamanya yang beragama Islam hendaklah mengikut panduan khusus untuk menjalankan perniagaan yang digariskan agar perniagaan dijalankan mengikut etika Islam.
  • Hasil pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati etika keusahawanan mengikut etika Islam hendaklah dipupuk pada semua usahawan terutamanya usahawan Islam supaya perniagaan yang dijalankan mendapat keberkatan dan tidak hanya mementingkan keuntungan.
  • Selain itu, etika Islam menjadi panduan khusus bagi mendapatkan rezeki halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah.


TOPIK 4: KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, pensyarah menerangkan aspek kreativiti dan inovasi dalam perniagaan.
  • Saya turut mengetahui definisi kreativiti dan inovasi. Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan merupakan jawapan kepada masalah yang kompleks dalam persekitaran perniagaan.
  • Manakala inovasi pula kaedah menghasilkan produk baharu, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak boleh berpuas hati dengan apa-apa yang ada.
  • Pensyarah juga menerangkan empat fasa dalam proses kreativiti menurut Kuratko dan Hodgetts (2004) iaitu pengumpulan pengetahuan, inkubator, idea dan penilaian dan pelaksanaan.
  • Saya turut mempelajari kepentingan membina idea yang kreatif supaya seseorang usahawan itu boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan daripada masalah, kesulitan, sumber dan situasi yang terhad.
  • Selain itu, pensyarah turut menerangkan 8 ciri individu yang kreatif. Antaranya ialah sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.
  • Saya turut mempelajari 8 teknik menjana idea kreatif dan inovatif yang merupakan antara elemen wajib ada bagi seseorang yang ingin bergelar usahawan.
  • Hasil pembelajaran minggu ini saya mendapati elemen kreatif dan inovatif perlu diaplikasikan bagi semua bakal usahawan supaya pengguna dan pelanggan tidak berasa jemu dengan lambakan perniagaan yang lebih kurang sama.


TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari bagaimana cara untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan. Setiap usahawan perlu melihat setiap aspek sebagai peluang dan potensi untuk memberikan pulangan pelaburan yang besar.
  • Selain itu, saya turut mempelajari proses untuk mengenal pasti, menilai dan memilih peluang.
  • Apabila proses mengenal pasti, menilai dan memilih peluang berjaya dilakukan dengan baik, seseorang usahawan akan mendapat idea perniagaan yang konkrit.
  • Hasil pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati bahawa peluang perniagaan sentiasa terbuka luas bagi mereka yang rajin mencari dan meneroka. Malah terdapat juga situasi yang berkait dengan penyumbang atau penyebab yang boleh mewujudkan peluang. Oleh itu, seseorang usahawan hendaklah bijak dan rajin mencari peluang supaya dapat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.


TOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari kemahiran mengenal pasti sumber dimana ianya merupakan kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau bakal usahawan.
  • Salah satu cara yang boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti keperluan sumber adalah menyenaraikan persoalan bagi setiap perkara seperti modal perniagaan, produk atau servis, lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan
  • Pensyarah turut mengajar teknik pertanyaan 5W1H (What, Which, Where, When, Who, How) yang boleh digunakan bagi setiap sumber berkaitan.
  • Selain itu, saya mempelajari kemahiran perundingan dimana ianya merupakan satu daripada aktiviti kehidupan.
  • Pensyarah menerangkan kepentingan kemahiran tersebut kerana dalam dunia perniagaan, situasi-situasi perundingan biasanya tidaklah semudah transaksi harian biasa.
  • Proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak.
  • Untuk menjadi usahawan yang berjaya, individu tersebut hendaklah mengetahui kemahiran komunikasi yang berkesan sama ada dari segi lisan mahupun bertulis.
  • Hasil pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati bahawa seseorang usahawan atau bakal usahawan bukan hanya perlu mencari peluang malah perlu bijak mengenal pasti sumber. Teknik 5W1H boleh digunapakai dalam proses mengenal pasti tersebut.


TOPIK 7: MERANCANG PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tujuan rancangan perniagaan perlu dibuat. Antaranya ialah untuk membantu seseorang membuat anggaran berkaitan keperluan sumber perniagaan dan seterusnya membuat pengagihan dengan lebih berkesan.
  • Pensyarah turut menerangkan format bagaimana hendak membuat rancangan perniagaan dengan baik.
  • Dengan ini, pengetahuan ini sangat berguna untuk digunakan bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan kerana mempunyai panduan dalam menyediakan rancangan perniagaan.


TOPIK 8: KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari mengenai aspek pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan.
  • Kesemua aspek tersebut merupakan antara aspek penting dalam sesuatu projek perniagaan dimana pentadbiran akan mengkoordinasikan sumber-sumber secara cekap dan berkesan manakala aspek pemasaran pula untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna.
  • Selain itu, saya turut mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran menguruskan projek perniagaan.
  • Hasil pembelajaran minggu ini, saya mendapati bahawa kemahiran menguruskan projek perniagaan sangat penting bagi usahawan dan bakal usahawan supaya perniagaan dapat dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Hal ini kerana, dalam sesebuah perniagaan akan ada rancangan kewangan. Oleh itu, individu yang mengendalikannya hendaklah mengetahui kemahiran menguruskannya untuk mengetahui titik pulang modal.

No comments:

Post a Comment