Thursday, 23 May 2013

Refleksi Mingguan Nadirah

NAMA            : NADIRAH BINTI MOHD NOOR AZMI
NO MATRIK  : PEK120015




MINGGU 3  (TOPIK 1)
  •  Keusahawanan mempunyai kepentingan yang tersendiri di mana kepentingan  keusahawanan ini membantu seseorang individu, ekonomi, budaya, masyarakat dan negara.
  • Di samping itu, saya dapat memahami dan mengetahui konsep usahawan dan keusahawanan serta teori-teori yang dikemukakan oleh;
  • Joseph Scumpeter, Kao (1991) dan Mohd Salleh et al., 2005 yang menerangkan tentang
  • ciri-ciri keusahawanan.
  • Scarborough & Zimmerer (1998) menerangkan mengenai keupayaan menghadapi
  • ketidaktentuan dalam merebut peluang bagi meraih keuntungan dan pertumbuhan.
  • Kuratko & Hodgetts (2007) mengenal pasti peluang yang ada.
  • Hisrich & Peter (1998) pula mengenai ciptaan yang baru dengan mengambil risiko
  • tertentu.
  • Bagi perkembangan keusahawanan di Malaysia, ianya meningkat bermula sebelum, semasa dan selepas merdeka disebabkan sistem pemerintahan, perubahan corak oleh agensi serta pelaksanaan sesebuah dasar.
  • Kesimpulannya, kita dapat mengaplikasikan dan mengguna pakai teori-teori, konsep dan lain-lain sebelum melibatkan diri dalam keusahawanan.


MINGGU 4 (TOPIK 2)
  • Dalam topik ini, individu harus mempelajari mengenai analisis kompetensi keusahawanan diri di mana seseorang individu dapat mengenal pasti sikap mereka sama ada berinisiatif, merebut peluang, cekal, cekap, yakin diri, tegas dan komitmen terhadap kerja.
  • Selain itu, individu juga boleh membuat perubahan terutamanya dalam cara penyelesaian masalah, perancangan yang sistematik dan strategi yang berpengaruh.
  • Seandainya usahawan tersebut mempunyai maklumat yang mencukupi, maka individu tersebut dapat mempelajari dan mengambil inisiatif terhadap sebarang maklum balas yang diperoleh sama ada kritikan, pandangan orang ramai dan sebagainya.
  • Di samping itu, usahawan dapat menilai diri mereka supaya kelemahan mereka dapat diperbaiki dan mengubah kompetensi diri mereka.
  • Kesimpulannya, pengetahuan ini boleh diguna pakai oleh seseorang individu dalam pengurusan perniagaan sama ada dalam meluaskan pasaran atau perniagaan yang diceburi.


MINGGU 5 (TOPIK 3)   
  • Dalam topik ini, saya berpendapat seseorang hendaklah mempelajari konsep keberkatan dan etika keusahawanan dalam perniagaan khususnya bagi usahawan yang beragama islam.
  • Sebagai seorang usahawan yang beragama islam, mereka hendaklah menjalankan perniagaan berlandaskan syariah dan tidak bertentangan dengan syariah tersebut.
  • Usahawan islam juga perlu mengikuti etika ini terutamanya dalam kontrak, timbangan, larangan menyorokkan barang, riba, berlaku adil dan lain-lain.
  • Walaupun ianya lebih menjurus kepada agama islam, saya merasakan orang bukan islam juga boleh mengaplikasikan etika keusahawanan ini khususnya dalam bersikap adil kepada pekerja dan tidak melakukan penipuan dalam pengiklanan.
  • Keseluruhannya, usahawan islam boleh mengikuti etika ini bagi mendapatkan keberkatan dalam memperoleh rezeki yang halal.


MINGGU 6 (TOPIK 4)
  • Bagi pandangan saya, seseorang usahawan mestilah mempunyai kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu produk.
  • Proses kreativiti yang dikemukakan oleh Kuratko dan Hudgetts (2004) dapat membantu usahawan membangunkan perniagaan mereka yang bermula dari pengumpulan pengetahuan, inkubator, idea dan penilaian atau perlaksanaan.
  • Di samping itu, dalam menjana idea kreatif dan inovatif, individu juga perlu mengetahui  teknik yang digunakan supaya teknik tersebut bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan.
  • Begitu juga halangan serta strategi yang digunakan perlu diambil perhatian oleh usahawan agar ianya tidak menghalang proses kreatif dan inovatif.
  • Saya berpendapat usahawan perlulah mempunyai kreativiti dan inovasi agar produk perniagaan mampu menarik perhatian pelanggan.
  • Kesimpulannya, usahawan dapat mengaplikasikan kreativiti dan inovatif dalam penghasilan barangan atau produk mereka supaya lebih bermutu tinggi dan unik.


MINGGU 7 (TOPIK 5)
  • Bagi topik peluang perniagaan ini, saya dapati peluang perniagaan sentiasa ada tetapi terpulang kepada usahawan tersebut untuk merebut peluang yang sedia ada.
  • Aspek peluang perniagaan ini adalah berdasarkan cara usahawan tersebut mempertimbangkan faktor persekitaran dan pasaran, membuat penilaian diri dan merangka perniagaan.
  • Justeru itu, usahawan yang mempunyai pengetahuan dalam perkara ini dapat memilih perniagaan yang terbaik dan dapat menghalang risiko yang menyumbang kepada kegagalan perniagaan mereka.


MINGGU 8 (TOPIK 6)
  • Saya dapati kemahiran memulakan perniagaan agak rumit dan memerlukan ketelitian bagi seseorang usahawan.
  • Usahawan mestilah mengenal pasti sumber seperti modal, produk, lokasi dan kelengkapan dalam merealisasikan perniagaan dengan menggunakan konsep 5W1H iaitu kaedah penyenaraian soalan.
  • Kemahiran perundingan yang efektif perlu ada bagi setiap usahawan misalnya dari aspek persediaan, strategi dan taktik ketika proses rundingan serta mengetahui konsep asas rundingan.
  • Di samping itu, kriteria kemahiran komunikasi juga perlu dititikberatkan supaya komunikasi antara dua hala yang disampaikan berkesan.
  • Keseluruhannya, kemahiran ini dapat diaplikasikan oleh usahawan yang mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mengenal pasti sumber, teknik perundingan dan komunikasi berkesan.

MINGGU 9 (TOPIK 7)
  • Dalam merancang perniagaan, usahawan hendaklah mengetahui maksud dan tujuan, kepentingan serta panduan rancangan perniagaan.
  • Saya berpendapat seseorang usahawan dapat melaksanakan perniagaan dengan lebih efisien dengan adanya rancangan perniagaan yang menyeluruh dan sistematik.
  • Selain itu, perkara penting dalam merancang perniagaan ialah mempunyai senarai semak format rancangan perniagaan serta latar belakang perniagaan.
  • Justeru itu, pengetahuan ini dapat diaplikasikan dan digunakan oleh usahawan dalam merancang perniagaan yang hendak dilaksanakan mereka. 


MINGGU 10 (TOPIK 8)
  • Dalam topik ini, saya dapat memahami kemahiran mengurus projek perniagaan dalam aspek pentadbiran, asas pemasaran, komponen-komponen rancangan pemasaran dan kewangan dalam perniagaan.
  • Saya berpendapat bahawa pengurusan dan perancangan yang baik membantu dalam mencapai matlamat organisasi.
  • Di samping itu, saya dapat mengetahui bahawa tugas-tugas dalam sesebuah organisasi haruslah dibahagikan secara sistematik agar ianya lebih berstruktur.
  • Dalam aspek kepimpinan dan kawalan, kita sebagai usahawan juga perlu peka terhadap aspek ini.
  • Bagi saya, usahawan juga mesti peka dengan keadaan pemasaran sebelum memulakan perniagaan dan mengetahui strategi yang terbaik untuk menarik pelanggan mereka.
  • Kewangan dalam perniagaan juga harus dipantau agar kewangan perniagaan dalam keadaan yang stabil.
  • Kesimpulannya, usahawan hendaklah mengkaji cara mengurus projek perniagaan secara mendalam agar perniagaan lebih sistematik.

No comments:

Post a Comment