NO MATRIK : PEK120012
TOPIK 1 (Konsep dan Pembangunan Keusahawanan )
Apa
yang anda pelajari?
- Saya berkebolehan dalam menilai kepentingan bidang pengajian dalam keusahawanan.
- Saya boleh mengenal pasti ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Apakah
yang anda rasa?
- Pembangunan keusahawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi sesebuah Negara. Saya boleh mempelajari mengenai konsep dan pembangunan keusahawanan. Selain daripada itu, saya boleh menilai kompetensi keusahawanan yang ada pada diri saya sendiri. Seterusnya saya mampu mengenal pasti ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya.
Dimanakah
anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Saya dapat mengaplikasikan kemahiran ini apabila saya ingin merebut peluang dalam memasarkan produk baharu. Menjadi usahawan merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi dan kegiatan keusahawanan akan membawa dunia perniagaan ke hadapan. Apabila menjadi usahawan yang berjaya, saya mampu membina atau mencipta idea yang bernas disamping memajukan lagi perniagaan.
TOPIK 2 ( Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri )
Apa
yang anda pelajari?
- Berkebolehan dalam membangunkan tahap kompetensi keusahawanan diri.
- Berkebolehan dalam mempamerkan ciri keusahawanan dalam diri saya sendiri.
Apakah
yang anda rasa?
- Mengetahui berkaitan dengan sikap seseorang individu yang berjaya dimana mampu melihat, mencari merebut peluang yang ada. Antara sikap yang perlu ada ialah :
- Sentiasa mencari dan melihat peluang yang ada.
- Merebut peluang-peluang yang luar biasa dalam memperluaskan pasaran serta mendapatkan bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan.
- Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung pada kemampuannya dalam melihat dan merebut oeluang yang wujud di persekitarannya. Selain itu, menilai bagaimana seseorang usahawan dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
Dimanakah
anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti usahawan yang lain, saya perlu mempunyai sikap yang baik sepertimana yang telah saya pelajari pada topik ini iaitu saya perlu giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang keluaran atau perkhidmatan yang baharu. Saya perlu mengaplikasikan kemahiran ini apabila saya berniaga di masa hadapan.
KULIAH
3 ( Etika Keusahawanan )
Apa
yang anda pelajari?
- Saya telah memahami dan mempelajari mengenai konsep keberkataan dalam perniagaan
- Saya telah memahami dan mempelajari mengenai etika keusahawanan dan budaya niaga.
Apakah
yang anda rasa?
- Saya dapat mempraktikan setiap konsep dan etika dalam memulakan perniagaan terutamanya etika keusahawanan dimana zaman sekarang amat dipandang tinggi dikalangan masyarakat mahupun pelanggan atau pembeli.
Dimanakah
anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Saya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan ini semasa saya memulakan perniagaan. Dalam masa yang sama, maklumat yang berkaitan dengan etika keusahawanan dapat saya praktikan semasa saya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya daripada pensyarah pembimbing saya.
KULIAH
4 ( Kreativiti dan Inovasi dalam perniagaan )
Apa
yang anda pelajari?
- Saya telah memahami dan mempelajari aspek kreativti dan inovasi dalam perniagaan.
- Saya berkebolehan untuk mengenal pasti strategi yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi.
Apakah
yang anda rasa?
- Saya boleh mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif secara kritis.
- Saya boleh mengetahui teknik untuk menjana idea secara kreatif dan inovatif.
Dimanakah
anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Saya dapat mengaplikasikan pengetahuan ini semasaa saya ingin memulakan perniagaan sendiri dimana sebelum memulakan sesuatu perniagaan saya perlu merancang strategi perniagaan agar mudah untuk melaksanakan perniagaan. Melalui topik ini dapat membantu saya dalam menjana idea kreativiti dan inovatif secara efisien.
KULIAH
5 ( Peluang Perniagaan )
Apakah
yang anda pelajari?
- Saya boleh mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang ada.
- Saya boleh menilai dan memilih peluang perniagaan yang berpotensi yang terdapat disekeliling kerana mengenal pasti sesuatu peluang adalah amat penting.
Apakah
yang ada rasa?
- Saya boleh mengenal pasti situasi yang berkaitan dengan penyambung atau penyebab yang boleh mewujudkan peluang. Situasi berkenaan akan menyumbang kepada penjanaan idea baharu daripada kalangan usahawan untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Peluang berkenaan dapat dimaipulasikan dengan mengenal pasti kekuatan, meminimumkan kekurangan, menggunakan peluang dan mengurangkan ancaman.
Dimanakah
anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Saya dapat menaplikasikan pengetahuan ini apabila saya ingin memulakan perniagaan ataupun memberi sumbangan idea kepada ahli usahawan agar saya mampu mengenalpasti situasi yang boleh menyumbang kepada peluang perniagaan agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar.
KULIAH
6 ( Kemahiran memulakan perniagaan )
Apa
yang anda pelajari?
- Saya dapat mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan.
- Saya berkemampuan untuk mengenal pasti teknik perundingan yang berkesan.
- Saya berkemampuan untuk mengetahui kaedah komunikasi yang berkesan.
Apakah
yang anda rasa?
- Berkebolehan dalam mengenal pasti sumber yang ada kerana mengenal pasti sumber merupakan salah satu kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan
- Saya boleh menggunakan teknik pertanyaan 5W1H ( what, which, where, who, how)
Dimanakah
anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Saya dapat mengaplikasikan pengetahuan ini bukan sahaja dalam memulakan perniagaan malah apabila saya berhadapan dengan usahawan kerana topik ini membantu saya dalam pelbagai kemahiran antaranya ialah kemahiran perundingan, kemahiran komunikasi dan sebagainya. Diharapkan agar kemahiran ini dapat membantu saya bukan sahaja untuk masa sekarang malah untuk masa hadapan dalam menangani masalah yang timbul.
KULIAH
7 ( Merancang perniagaan )
Apa
yang anda pelajari?
- Saya dapat memahami maksud dan tujuan rancangan perniagaan
- Saya dapat memahami kepentingan rancangan perniagaan
- Saya dapat mempelajari bagaimana mengurus kewangaan dalam sesuatu perniagaan
Apakah
yang anda rasa?
- Dengan adanya rancangan perniagaan yang teratur dan berstruktur saya dapat mengenal pasti kekuataan dan kelemahan pada perniagaan saya.
- Dengan adanya rancangan perniagaan yang baik, saya dapat meningkatkan lagi kemahiran mengurus projek perniagaan.
Dimanakah
anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Saya dapat mengaplikasikan kemahiran ini apabila saya akan memulakan sesuatu perniagaan dimasa hadapan. Perniagaan yang mempunyai perancangan perniagaan yang baik akan membuahkan hasil yang baik.
KULIAH 8 ( KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN )
Apa yang anda pelajari?
- Saya telah memahami dan mempelajari 4 aspek iaitu aspek pentadbiran, aspek pemasaran, aspek operasi dan aspek kewangan.
- Selain itu, saya turut mengetahui dan mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran menguruskan projek perniagaan
Apakah yang anda rasa?
- Saya dapat mengetahui serta mempelajari asas pentadbiran iaitu sesuatu pentadbiran perlu mempunyai pengurusan, perancangan yang baik, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan untuk membuat sesuatu perkara berlaku seperti yang telah dirancang.
Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
- Saya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan ini apabila saya ingin memulakan sesuatu perniagaan yang memerlukan perancangan yang baik dan strategik. Perniagaan yang baik memerlukan pengurusan yang mantap bagi meluaskan lagi perniagaan.
No comments:
Post a Comment