Thursday, 23 May 2013

Refleksi Mingguan Wan Nur Izzati Husna

NAMA            : WAN NUR IZZATI HUSNA BINTI WAN MANSOR
NO MATRIK  : PEC120029


TOPIK 1: KONSEP & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
  • Membincangkan kepentingan keusahawan. Contohnya, pemangkin perubahan dan perkembangan ekonomi negara serta melahirkan individu yang mempunyai daya saing tinggi.
  • Usahawan merupakan perintis kejayaan aktiviti perniagaan.
  • Antara ciri-ciri keusahawanan ialah mempunyai komitmen, keazaman, ketabahan, berinisiatif dan bertanggungjawab.
  • Dalam perspektif Islam, seorang usahawan perlulah mempunyai ciri-ciri seperti sentiasa melangsaikan hutang, niat yang betul, dan bertanggungjawab terhadap semua.
  • Keusahawanan bermula pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Apabila British membahagikan sistem pecah & perintah di mana kaum di Tanah Melayu telah disusun seperti berikut :
  • Kaum Melayu - Pentadbir & petani
  • Kaum Cina      - Pelombong & peniaga.
  • Kaum India      -Sektor perladangan.
  • Selepas Merdeka, Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020 telah diperkenalkan.
  • Pada tahun 1995, penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan yang mana telah  ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia pada tahun 2005.

TOPIK 2 : ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
  • Seorang usahawan perlulah giat memperkembangkan perniagaan dan kreatif dalam merebut peluang.
  • Mempunyai networking untuk mendapat maklumat baru serta menganalisa segala maklumat sebelum membuat keputusan.
  • Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi – operasi bermutu tinggi.
  • Komitmen terhadap perjanjian kerja- bertanggungjawab terhadap pelanggan dan pekerja dan sedia mendengar rungutan.
  • Berorientasikan kecekapan dan mementingkan perancangan yang sistematik.

TOPIK 3 : ETIKA KEUSAHAWANAN
  • Keusahawanan dari segi Islam merupakan perniagaan barangan atau perkhidmatan bagi mencari rezeki halal yang menjadikan Rasulullah s.a.w.  sebagai contoh.
  • Panduan Islam – patuh kepada kontrak, dilarang penipuan dan salah tafsir iklan, dan timbangan yang tepat, perniagaan yang melibatkan riba serta menjaga kebajikan pekerja.

TOPIK 4 : KREATIVITI DAN INOVASI
  • Memahami aspek kreativiti dan inovasi,mengetahui kaedah berfikir secara kreatif serta inovatif.
  • Mengenal pasti strategi untuk menggalakkan kreativiti & inovasi.
  • Ciri-ciri seorang yang kreatif ialah berani mencuba idea yang baru dan mempunyai kawalan diri yang baik.
  • Menggunakan teknik peta minda dalam membina pendapat.
  • Halangan adalah seperti organisasi lain tidak memberi galakan  inovasi itu dan kekurangan sumber.
  • Strategi adalah seperti mengenalpasti kebolehan dan kemampuan diri serta berani untuk menghadapi kegagalan.

TOPIK 5 : PELUANG PEKERJAAN
  • Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan menilai serta  memilih peluang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.
  • Menganalisa persekitaran dan pasaran dengan memahami kehendak serta keperluan pelanggan.
  • Faktor-faktor persekitaran dan pasaran – perubahan demografi, perubahan psikografik, kesediaan sumber tempatan serta teknologi, dsb.
  • Menilai kesesuaian perniagaan dengan diri, menilai kesesuaian perniagaan dengan masyarakat, menilai kesesuaian diri dengan persekitaran, dsb.

TOPIK 6 : KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
  • Mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagan.
  • Mengetahui teknik perundingan dan kaedah komunikasi yang berkesan.
  • Teknik 5W1H.(What, Which, Where, When, Who, How)
  • Modal perniagaan, produk atau servis, lokasi perniagaan, kemahiran berkomunikasi (lisan, bertulis), dsb.
  • Perlu mengetahui format surat rasmi.

TOPIK 7 : MERANCANG PERNIAGAAN
  • Memahami maksud & tujuan rancangan perniagaan.(RP)
  • Memahami kepentingan RP dan mendapat panduan dalam menyediakan RP.
  • Format RP – tajuk muka surat depan, muka surat isi kandungan, ringkasan eksekutif, struktur RP, lampiran.
  • Pengenalan- latar belakang perniagaan, maklumat industri, bahagian pemasaran, pasaran, harga, dsb.
  • Promosi, pengedaran, persaingan, bahagian pengurusan, bahagian operasi, bahagian kewangan.

TOPIK 8 : KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK
  • Menerangkan mengenai empat fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan kawalan.
  • Asas pemasaran turut dibincangkan (saiz pasaran, segmentasi pasaran, analisis SWOT, dan strategi pemasaran).
  • Aspek kewangan (belanjawan operasi, belanjawan tunai, belanjawan modal).
  • Turut dinyatakan mengenai proforma kenyataan untung,  lembaran imbangan, titik pulangan modal.

Refleksi Mingguan Amirah Nadiah Najwa

NAMA            : AMIRAH NADIAH NAJWA BINTI HAMDAN
NO MATRIK  : PEC120002



TOPIK  1: KONSEP & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
  • Membincangkan kepentingan keusahawanan dari segi perkembangan ekonomi negara, melahirkan individu berdaya saing, mengembangkan budaya, dan sebagainya.
  • Membincangkan ciri-ciri usahawan dari perspektif tokoh-tokoh terkemuka seperti:-
  • Joseph Schumpeter(1934) – “Theory of Economics Development” perkenalkan ciri-ciri usahawan saperti unik, berinovasi, kreatif, pembawa perubahan & pembaharuan.
  • Scarborough & Zimmerer (1998) - mencipta perniagaan baru & berupaya menghadapi ketidaktentuan bagi meraih keuntungan & pertumbuhan dengan merebut peluang melalui sumber yang disediakan.
  • Kuratko & Hodgetts (2007) – Kenalpasti peluang dimana orang nampak gangguan & kecelaruan, teliti, pandai menimbang, mengatur, mengurus dan mengambil risiko & berobjektifkan inovasi, keuntungan & perkembangan.
  • Dari perspektif Islam, Mohd Salleh et. al (2005):-
  1. Niat yang betul
  2. Berilmu dan berkemahiran
  3. Bertanggungjwab
  4. Menghindari aktiviti haram
  5. Melangsaikan hutang
  6. Bersyukur
  • Perkembangan keusahawanan pada zaman kesultanan Melayu Melaka. British membahagikan sistem pecah & perintah di mana kaum di Tanah Melayu telah disusun seperti berikut :
  • Kaum Melayu - Pentadbir & petani
  • Kaum Cina - Pelombong & peniaga.
  • Kaum India - Sektor perladangan.
  • Selepas Merdeka, Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020 telah diperkenalkan.
  • Pada tahun 1995, penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan bagi mengawal & mempromosikan pembangunan keusahawanan dan ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia pada tahun 2005.

TOPIK 2 : ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
  • Ciri-ciri seorang keusahawanan perlulah mencari inisiatif untuk berusaha mengembangkan perniagaan dan kreatif merebut peluang yang ada.
  • Perlu cekal dan tabah mengatasi risiko dengan berusaha tanpa putus asa. Cenderung mencari dan menganalisa maklumat sebelum membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
  • Hendaklah menitikberatkan menghasilkan berangan yang bermutu kerja yang tinggi.
  • Berkomitmen dan bertanggungjawab terhadap pekerja dan pelanggan
  • Perniagaan berorientasikan kecekapan dan perancangan yang sistematik dari segi pengurusan, teknologi, tenaga mahir dan maklumat terkini.

TOPIK 3 : ETIKA KEUSAHAWANAN
  • Membincangkan keusahawanan dari kaca mata Islam.
  • Menekankan perniagaan barangan atau perkhidmatan hendaklah mencari rezeki yang halal dan menjadikan Rasulillah sebagai contoh martabat yang tinggi.
  • Berorientasikan panduan Islam(Syumul)- patuh pada kontrak, penipuan dan salah tafsir iklan, timbangan yang tepat, riba, amanah, tanggungjawab social dan alam sekitar.

TOPIK 4 : KREATIVITI DAN INOVASI
  • Memahami aspek kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan produk dan merancang strategi perniagaan
  • Membincangkan ciri-ciri individu yang keratif seperti:-
  1. Rendah diri + bangga diri
  2. Berani mencuba idea baru
  3. Terima kritikan dengan terbuka
  4. Kawalan diri yang baik
  5. Bermatlamat
  6. Menggunakan teknik, strategi dan mengenal pasti halangan bagi menjana idea kreatif dan inovatif.

TOPIK 5 : PELUANG PERNIAGAAN

  • Mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan menilai peluang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.
  • Mengenal pasti situasi yang menyumbang kepada peluang perniagaan
  • Proses mengenal pasti, menilai & memilih peluang
  • Faktor-faktor persekitaran dan pasaran
  • Menilai kesesuaian perniagaan dengan diri/masyarakat/persekitaran

TOPIK 6 : KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN

  • Mengenal pasti sumber yang diperlukan, teknik perundingan dan kaedah komunikasi yang berkesan
  • Kemahiran awal (teknik 5W1H)
  • Modal perniagaan
  • Produk/servis
  • (sasaran/bahan)
  • Lokasi perniagaan
  • Kelengkapan perniagaan
  • (layout/susun atur)
  • Kemahiran perundingan
  • (sebelum/proses/strategi/taktik)
  • Kemahiran komunikasi

TOPIK 7 : MERANCANG PERNIAGAAN

  • Membincangkan bagaimana merangcang perniagaan(RP) iaitu dokumen bertulis bagi menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan secara menyeluruh yang merangkumi analisis, ramalan & jangkaan serta perlaksanaan strategi
  • Kepentingan merangcang perniagaan ialah supaya memberi peluang orang lain menilai idea dan gambaran projek dirancangkan.
  • Format RP:-
  • Tajuk muka surat depan:
  • Tajuk RP.
  • Nama & Alamat perniagaan.
  • Nama penulis.
  • Tarikh disediakan.
  • Muka surat isi kandungan:
  • Tajuk-tajuk utama mengikut  muka surat.
  • Ringkasan Eksekutif
  • Struktur RP:
  • Pengenalan
  • Tujuan
  • Latar belakang perniagaan
  • Latar belakang pemilikan
  • Pemasaran (kaedah & strategi)
  • Kewangan (modal & kos)
  • Rumusan & justifikasi
  • Lampiran

TOPIK 8 

  • Minggu ini diterangkan mengenai kemahiran mengurus projek. Ada 4 aspek pengurusan projek iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan. Kempat-empat ini sangat penting dalam menguruskan projek atau perniagaan dengan baik
  • Dalam asas pemasaran, usahawan perlulah mengkaji terlebih dahulu dan membuat strategi untuk memberikan kepuasan terhadap pengguna. Terdapat 4 jenis pasaran iaitu kerajaan, penjual, industry dan pengguna
  • Dalam aspek kewangan pula, usahawan perlulah menyediakan rancangan kewangan dan belanjawan bagi mengekalkan kestabilan perniagaan.

Refleksi Mingguan Norazura

NAMA            : NORAZURA BINTI BUSTAMI
NO MATRIK  : PEC120020



MINGGU 3 TOPIK 1: (KONSEP PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN)
  • Pada minggu ini mempelajari konsep awal  iaitu kepentingan keusahawanan dari  3 aspek .
  • Perkembangan ekonomi Negara
  • Melahirkan individu berdaya saing,.
  • Mengembangkan budaya.
  • Selain itu juga,membincangkan tentang menjadi seorang usahawan dan tokoh yang Berjaya dalam bidang ini seperti  Joseph schumpter, Scarborough and zimmerer.
  • Tokoh–tokoh ini membincangkan seorang usahan perlulah inovatif, kreatif, membawa pembaharuan dan pandai merebut peluang yang sedia ada.
  • Berbeza dengan perspektif islam, lebih ke arah niat yang betul, berilmu, menjauhkan aktivi haram, melangsaikan hutang seperti yang dituntut dalam islam dan yang paling penting adalah bersyukur.
  • Pada minggu ini juga, menerangkan tentang sejarah  perkembangan keusahawanan pada zaman kesultanan melayu Melaka,bagaimana British bijak membahagikan setiap kaum dengan kerja masing-masing.
  • Disambung selepas era kemerdekaan melalui Dasar-Dasar negara.
  • Apa yang dapat saya pelajari pada minggu ini,untuk menjadi seorang usahawan perlu mempunyai semangat yang tinggi seiring usaha dan menggunakan ilmu dengan sebetulnya.
  • Saya akan menggunakan ilmu ini walaupun tidak menjadi seorang usahawan tetapi dalam bidang lain kerana ilmu keusahawanan yang dipelajari adalah luas.


MINGGU 4 TOPIK 2 : (ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI)
  • Pada minggu ini membicangkan  tentang  jika ingin menjadi seorang usahawan yang Berjaya perlulah bersikap:

  1. inisiatif,
  2. melihat dan merebut peluang,
  3. kecekalan,
  4. bijak mencari maklumat
  5. menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
  6. komitmen terhadap perjanjian kerja
  7. berorentasikan kecekapan
  8. membuat perancangan yang sistematik
  9. bijak menyelesaikan masalah
  10. ketegasan
  11. meyakinkan orang lain
  12. menggunakan strategi pengaruh

  • setiap ciri di atas adalah penting bagi seseorang usahawan yang inginkan kejayaan dan perlu diaplikasikan ilmu ini untuk menjadi seorang usahawan yang bukan sahaja berjaya tetapi berkualiti.

MINGGU 5 TOPIK 3(ETIKA KEUSAHAWANAN)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang keusahawanan dari segi perspektif islam  seperti menerangkan konsep keberkatan dalam perniagaan.
  • Contoh tokoh yang disanjungi dalam bidang keusahawanan dalam islam ialah Rasulullah S.A.W .
  • Selain itu juga,menekankan tentang etika keusahawanan sebagai contoh pematuhan dalam kontrak,penipuan ,timbangan yang tepat dan banyak lagi.
  • Secara keseluruhanya menunjukkan islam menekankan konsep memperolehi rezeki yang halal tanpa sebarang penipuan kerana islam adalah agama yang syumul.Jika seorang islam mematuhi segala panduan yang telah ditetapkan ,pasti menjadi seorang usahawan yang berjaya.

MINGGU 6 TOPIK 4 (KREATIVITI DAN INOVASI)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang konsep kreativiti dan inovasi iaiti yang mesti ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  • Terdapat empat fasa dalam proses kreativiti secara ringkasnya,pengumpulan pengetahuan,inkubator ,idea dan pelaksanaan.
  • Selain itu juga ,membincangkan tentang kepentingan membina idea yang kreatif kerana idea yang kreatif dapat mewujudkan peluang perniagaan .
  • Antara sikap individu yanf kreatif adalah merendah diri dan bangga diri,berani,bersikap terbuka,dan banyak lagi.
  • Pentingya  teknik menjana idea kreatif dan inovatif yang ditekankan seperti  percambahan fikiran,analogi paksaan,pelaksanaan,peta minda dan juga kumpulan nominal.
  • Selain itu juga,terdapat halangan kepada kreativiti dan inovasi seperti kekurangan sumber,takut,dan kurang yakin.
  • Kesimpulannya,kreativiti dan inovasi adalah ciri WAJIB yang perlu ada pada seorang usahawan untuk menjadi seorang yang  Berjaya kerana dengan adanya ciri ini membolehkan seorang usahawan berani untuk mengeksploitasi idea menjadi rancangan perniagaan.

MINGGU 7 TOPIK 5 (PELUANG PERNIAGAAN)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang bagaimana mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan menilai serta  memilih peluang perniagaan yang berpotensi menguntungkan.
  • Selain itu juga menekankan situasi menyumbang peluang perniangaan  seperti pelanggan memerlukan barangan atau perkhidmatan baharu.
  • Menilai kesesuaian perniagaan dengan diri, menilai kesesuaian perniagaan dengan masyarakat, menilai kesesuaian diri dengan persekitaran dan banyak lagi .
  • Apa yang dapat saya pelajari pada minggu ini,seorang usahawan perlulah bijak mengambil peluang yang sedia ada.Selain itu juga, usahawan perlu mengkaji dan mencari maklumat tentang apa yang dimahukan oleh pelanggan untuk menjadi yang terbaik.

MINGGU 8 TOPIK 6 (KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN)
  • Pada minggu ini membincangkan kemahiran mengenal pasti sumber seperti modal perniagaan,produk atau servis,lokasi perniagaan  dan kelengkapan perniagaan.
  • Kemahiran yang dibincangkan merupakan kemahiran awal yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk merealisasikan perniagaan mereka.
  • Selain itu juga menerangkan konsep asas perundingan ,persediaan perundingan dan proses perundingan,strategi perundingan ,taktik perundingan  kerana ini adalah konsep asas dalam kehidupan.
  • Antara perkara penting dalam menjadi usahawan ialah kemahiran komunikasi kerana komunikasi adalah proses menghantar maklumat dan kefahaman secara lisan atau bertulis yang melibatkan dua pihak.
  • Kesimpulanya,kemahiran memulakan perniagaan adalah sangat penting untuk bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan mereka.

MINGGU 9 TOPIK 7 (MERANCANG PERNIAGAAN)
  • Pada minggu ini membincangkan tentang konsep rancangan perniagaan dan kepentingan rancangan perniagaan dan format rancangan perniagaan.
  • Rancangan perniagaan  merupakam  dokumen yang bertulis yang menerangkan perniagaan tersebut secara menyeluruh.
  • Format RP –
  • tajuk muka surat depan,
  • muka surat isi kandungan,
  •  ringkasan eksekutif,
  • struktur RP,
  •  lampiran.
  • Kesimpulanya,untuk memulakan sebuah perniagaan,seorang usahawan perlulah merancang perniagaan dengan baik untuk memastikan kelancaran perniagaan yang seterusnya. 

MINGGU 10 (TOPIK 8)
  • Pada minggu ini,saya dapat belajar mengenai kemahiran mengurus projek perniagaan dalam aspek pentadbiran, asas pemasaran, komponen-komponen rancangan pemasaran dan kewangan dalam perniagaan.
  • Aspek kewangan (belanjawan operasi, belanjawan tunai, belanjawan modal) juga penting dalam perniagaan.
  • Selain itu juga,turut dinyatakan mengenai proforma kenyataan untung, lembaran imbangan, titik pulangan modal. 
  • Kesimpulanya,pada minggu ini secara keseluruhanya,belajar mengenai kemahiran dalam perniagaan dari semua aspek yang sangat penting yang boleh digunakan dalam perniagaan.

Refleksi Mingguan Marsha

NAMA            : MARSHA BRILLANTE BONI GALIM
NO MATRIK  : PEK120012



TOPIK 1 (Konsep dan Pembangunan Keusahawanan )
Apa yang anda pelajari?
  • Saya berkebolehan  dalam menilai kepentingan bidang pengajian dalam keusahawanan.
  • Saya boleh mengenal pasti ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Apakah yang anda rasa?
  • Pembangunan keusahawanan menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi sesebuah Negara. Saya boleh mempelajari mengenai konsep dan pembangunan keusahawanan. Selain daripada itu, saya boleh menilai kompetensi keusahawanan yang ada pada diri saya sendiri. Seterusnya saya mampu mengenal pasti ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya.

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Saya dapat mengaplikasikan kemahiran ini apabila saya ingin merebut peluang dalam memasarkan produk baharu. Menjadi usahawan merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi dan kegiatan keusahawanan akan membawa dunia perniagaan ke hadapan. Apabila menjadi usahawan yang berjaya, saya mampu membina atau mencipta idea yang bernas disamping memajukan lagi perniagaan.


TOPIK 2 ( Analisis Kompetensi Keusahawanan Diri )
Apa yang anda pelajari?
  • Berkebolehan dalam membangunkan tahap kompetensi keusahawanan diri.
  • Berkebolehan dalam mempamerkan ciri keusahawanan dalam diri saya sendiri.

Apakah yang anda rasa?
  • Mengetahui berkaitan dengan sikap seseorang individu yang berjaya dimana mampu melihat, mencari merebut peluang yang ada. Antara sikap yang perlu ada ialah :
  • Sentiasa mencari dan melihat peluang yang ada.
  • Merebut peluang-peluang yang luar biasa dalam memperluaskan pasaran serta mendapatkan bantuan-bantuan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan.
  • Kejayaan seseorang usahawan banyak bergantung pada kemampuannya dalam melihat dan merebut oeluang yang wujud di persekitarannya. Selain itu, menilai bagaimana seseorang usahawan dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti usahawan yang lain, saya perlu mempunyai sikap yang baik sepertimana yang telah saya pelajari pada topik ini iaitu saya perlu giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang keluaran atau perkhidmatan yang baharu. Saya perlu mengaplikasikan kemahiran ini apabila saya berniaga di masa hadapan.


KULIAH 3 ( Etika Keusahawanan )
Apa yang anda pelajari?
  • Saya telah memahami dan mempelajari mengenai konsep keberkataan dalam perniagaan
  • Saya telah memahami dan mempelajari mengenai etika keusahawanan dan budaya niaga.

Apakah yang anda rasa?
  • Saya dapat mempraktikan setiap konsep dan etika dalam memulakan perniagaan terutamanya etika keusahawanan dimana zaman sekarang amat dipandang tinggi dikalangan masyarakat mahupun pelanggan atau pembeli.

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Saya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan ini semasa saya memulakan perniagaan. Dalam masa yang sama, maklumat yang berkaitan dengan etika keusahawanan dapat saya praktikan semasa saya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya daripada pensyarah pembimbing saya.


KULIAH 4 ( Kreativiti dan Inovasi dalam perniagaan )

Apa yang anda pelajari?
  • Saya telah memahami dan mempelajari aspek kreativti dan inovasi dalam perniagaan.
  • Saya berkebolehan untuk mengenal pasti strategi yang dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi.

Apakah yang anda rasa?
  • Saya boleh mengetahui kaedah berfikir secara kreatif dan inovatif secara kritis.
  • Saya boleh mengetahui teknik untuk menjana idea secara kreatif dan inovatif.

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Saya dapat mengaplikasikan pengetahuan ini semasaa saya ingin memulakan perniagaan sendiri dimana sebelum memulakan sesuatu perniagaan saya perlu merancang strategi perniagaan agar mudah untuk melaksanakan perniagaan. Melalui topik ini dapat membantu saya dalam menjana idea kreativiti dan inovatif secara efisien.


KULIAH 5 ( Peluang Perniagaan )
Apakah yang anda pelajari?
  • Saya boleh mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang ada.
  • Saya boleh menilai dan memilih peluang perniagaan yang berpotensi yang terdapat disekeliling kerana mengenal pasti sesuatu peluang adalah amat penting.

Apakah yang ada rasa?
  • Saya boleh mengenal pasti situasi yang berkaitan dengan penyambung atau penyebab yang boleh mewujudkan peluang. Situasi berkenaan akan menyumbang kepada penjanaan idea baharu daripada kalangan usahawan untuk memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan. Peluang berkenaan dapat dimaipulasikan dengan mengenal pasti kekuatan, meminimumkan kekurangan, menggunakan peluang dan mengurangkan ancaman.

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Saya dapat menaplikasikan pengetahuan ini apabila saya ingin memulakan perniagaan ataupun memberi sumbangan idea kepada ahli usahawan agar saya mampu mengenalpasti situasi yang boleh menyumbang kepada peluang perniagaan agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar.


KULIAH 6 ( Kemahiran memulakan perniagaan )

Apa yang anda pelajari?
  • Saya dapat mengenal pasti sumber-sumber yang diperlukan bagi memulakan perniagaan.
  • Saya berkemampuan untuk mengenal pasti teknik perundingan yang berkesan.
  • Saya berkemampuan untuk mengetahui kaedah komunikasi yang berkesan.

Apakah yang anda rasa?
  • Berkebolehan dalam mengenal pasti sumber yang ada kerana mengenal pasti sumber merupakan salah satu kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau bakal usahawan untuk merealisasikan peluang perniagaan
  • Saya boleh menggunakan teknik pertanyaan 5W1H ( what, which, where, who, how)

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Saya dapat mengaplikasikan pengetahuan ini bukan sahaja dalam memulakan perniagaan malah apabila saya berhadapan dengan usahawan kerana topik ini membantu saya dalam pelbagai kemahiran antaranya ialah kemahiran perundingan, kemahiran komunikasi dan sebagainya. Diharapkan agar kemahiran ini dapat membantu saya bukan sahaja untuk masa sekarang malah untuk masa hadapan dalam menangani masalah yang timbul.


KULIAH 7 ( Merancang perniagaan )

Apa yang anda pelajari?
  • Saya dapat memahami maksud dan tujuan rancangan perniagaan
  • Saya dapat memahami kepentingan rancangan perniagaan
  • Saya dapat mempelajari bagaimana mengurus kewangaan dalam sesuatu perniagaan

Apakah yang anda rasa?
  • Dengan adanya rancangan perniagaan yang teratur dan berstruktur saya dapat mengenal pasti kekuataan dan kelemahan pada perniagaan saya.
  • Dengan adanya rancangan perniagaan yang baik, saya dapat meningkatkan lagi kemahiran mengurus projek perniagaan.

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Saya dapat mengaplikasikan kemahiran ini apabila saya akan memulakan  sesuatu perniagaan dimasa hadapan. Perniagaan yang mempunyai perancangan perniagaan yang baik akan membuahkan hasil yang baik.


KULIAH 8 ( KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN )
Apa yang anda pelajari?
  • Saya telah memahami dan mempelajari 4 aspek iaitu aspek pentadbiran, aspek pemasaran, aspek operasi dan aspek kewangan.
  • Selain itu, saya turut mengetahui dan mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran menguruskan projek perniagaan

Apakah yang anda rasa?
  • Saya dapat mengetahui serta mempelajari asas pentadbiran iaitu sesuatu pentadbiran perlu mempunyai pengurusan, perancangan yang baik, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan untuk membuat sesuatu perkara berlaku seperti yang telah dirancang.

Dimanakah anda dapat mengaplikasikan kemahiran ini?
  • Saya dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan ini apabila saya ingin memulakan sesuatu perniagaan yang memerlukan perancangan yang baik dan strategik. Perniagaan yang baik memerlukan pengurusan yang mantap bagi meluaskan lagi perniagaan.

Refleksi Mingguan Nadirah

NAMA            : NADIRAH BINTI MOHD NOOR AZMI
NO MATRIK  : PEK120015




MINGGU 3  (TOPIK 1)
  •  Keusahawanan mempunyai kepentingan yang tersendiri di mana kepentingan  keusahawanan ini membantu seseorang individu, ekonomi, budaya, masyarakat dan negara.
  • Di samping itu, saya dapat memahami dan mengetahui konsep usahawan dan keusahawanan serta teori-teori yang dikemukakan oleh;
  • Joseph Scumpeter, Kao (1991) dan Mohd Salleh et al., 2005 yang menerangkan tentang
  • ciri-ciri keusahawanan.
  • Scarborough & Zimmerer (1998) menerangkan mengenai keupayaan menghadapi
  • ketidaktentuan dalam merebut peluang bagi meraih keuntungan dan pertumbuhan.
  • Kuratko & Hodgetts (2007) mengenal pasti peluang yang ada.
  • Hisrich & Peter (1998) pula mengenai ciptaan yang baru dengan mengambil risiko
  • tertentu.
  • Bagi perkembangan keusahawanan di Malaysia, ianya meningkat bermula sebelum, semasa dan selepas merdeka disebabkan sistem pemerintahan, perubahan corak oleh agensi serta pelaksanaan sesebuah dasar.
  • Kesimpulannya, kita dapat mengaplikasikan dan mengguna pakai teori-teori, konsep dan lain-lain sebelum melibatkan diri dalam keusahawanan.


MINGGU 4 (TOPIK 2)
  • Dalam topik ini, individu harus mempelajari mengenai analisis kompetensi keusahawanan diri di mana seseorang individu dapat mengenal pasti sikap mereka sama ada berinisiatif, merebut peluang, cekal, cekap, yakin diri, tegas dan komitmen terhadap kerja.
  • Selain itu, individu juga boleh membuat perubahan terutamanya dalam cara penyelesaian masalah, perancangan yang sistematik dan strategi yang berpengaruh.
  • Seandainya usahawan tersebut mempunyai maklumat yang mencukupi, maka individu tersebut dapat mempelajari dan mengambil inisiatif terhadap sebarang maklum balas yang diperoleh sama ada kritikan, pandangan orang ramai dan sebagainya.
  • Di samping itu, usahawan dapat menilai diri mereka supaya kelemahan mereka dapat diperbaiki dan mengubah kompetensi diri mereka.
  • Kesimpulannya, pengetahuan ini boleh diguna pakai oleh seseorang individu dalam pengurusan perniagaan sama ada dalam meluaskan pasaran atau perniagaan yang diceburi.


MINGGU 5 (TOPIK 3)   
  • Dalam topik ini, saya berpendapat seseorang hendaklah mempelajari konsep keberkatan dan etika keusahawanan dalam perniagaan khususnya bagi usahawan yang beragama islam.
  • Sebagai seorang usahawan yang beragama islam, mereka hendaklah menjalankan perniagaan berlandaskan syariah dan tidak bertentangan dengan syariah tersebut.
  • Usahawan islam juga perlu mengikuti etika ini terutamanya dalam kontrak, timbangan, larangan menyorokkan barang, riba, berlaku adil dan lain-lain.
  • Walaupun ianya lebih menjurus kepada agama islam, saya merasakan orang bukan islam juga boleh mengaplikasikan etika keusahawanan ini khususnya dalam bersikap adil kepada pekerja dan tidak melakukan penipuan dalam pengiklanan.
  • Keseluruhannya, usahawan islam boleh mengikuti etika ini bagi mendapatkan keberkatan dalam memperoleh rezeki yang halal.


MINGGU 6 (TOPIK 4)
  • Bagi pandangan saya, seseorang usahawan mestilah mempunyai kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu produk.
  • Proses kreativiti yang dikemukakan oleh Kuratko dan Hudgetts (2004) dapat membantu usahawan membangunkan perniagaan mereka yang bermula dari pengumpulan pengetahuan, inkubator, idea dan penilaian atau perlaksanaan.
  • Di samping itu, dalam menjana idea kreatif dan inovatif, individu juga perlu mengetahui  teknik yang digunakan supaya teknik tersebut bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan.
  • Begitu juga halangan serta strategi yang digunakan perlu diambil perhatian oleh usahawan agar ianya tidak menghalang proses kreatif dan inovatif.
  • Saya berpendapat usahawan perlulah mempunyai kreativiti dan inovasi agar produk perniagaan mampu menarik perhatian pelanggan.
  • Kesimpulannya, usahawan dapat mengaplikasikan kreativiti dan inovatif dalam penghasilan barangan atau produk mereka supaya lebih bermutu tinggi dan unik.


MINGGU 7 (TOPIK 5)
  • Bagi topik peluang perniagaan ini, saya dapati peluang perniagaan sentiasa ada tetapi terpulang kepada usahawan tersebut untuk merebut peluang yang sedia ada.
  • Aspek peluang perniagaan ini adalah berdasarkan cara usahawan tersebut mempertimbangkan faktor persekitaran dan pasaran, membuat penilaian diri dan merangka perniagaan.
  • Justeru itu, usahawan yang mempunyai pengetahuan dalam perkara ini dapat memilih perniagaan yang terbaik dan dapat menghalang risiko yang menyumbang kepada kegagalan perniagaan mereka.


MINGGU 8 (TOPIK 6)
  • Saya dapati kemahiran memulakan perniagaan agak rumit dan memerlukan ketelitian bagi seseorang usahawan.
  • Usahawan mestilah mengenal pasti sumber seperti modal, produk, lokasi dan kelengkapan dalam merealisasikan perniagaan dengan menggunakan konsep 5W1H iaitu kaedah penyenaraian soalan.
  • Kemahiran perundingan yang efektif perlu ada bagi setiap usahawan misalnya dari aspek persediaan, strategi dan taktik ketika proses rundingan serta mengetahui konsep asas rundingan.
  • Di samping itu, kriteria kemahiran komunikasi juga perlu dititikberatkan supaya komunikasi antara dua hala yang disampaikan berkesan.
  • Keseluruhannya, kemahiran ini dapat diaplikasikan oleh usahawan yang mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mengenal pasti sumber, teknik perundingan dan komunikasi berkesan.

MINGGU 9 (TOPIK 7)
  • Dalam merancang perniagaan, usahawan hendaklah mengetahui maksud dan tujuan, kepentingan serta panduan rancangan perniagaan.
  • Saya berpendapat seseorang usahawan dapat melaksanakan perniagaan dengan lebih efisien dengan adanya rancangan perniagaan yang menyeluruh dan sistematik.
  • Selain itu, perkara penting dalam merancang perniagaan ialah mempunyai senarai semak format rancangan perniagaan serta latar belakang perniagaan.
  • Justeru itu, pengetahuan ini dapat diaplikasikan dan digunakan oleh usahawan dalam merancang perniagaan yang hendak dilaksanakan mereka. 


MINGGU 10 (TOPIK 8)
  • Dalam topik ini, saya dapat memahami kemahiran mengurus projek perniagaan dalam aspek pentadbiran, asas pemasaran, komponen-komponen rancangan pemasaran dan kewangan dalam perniagaan.
  • Saya berpendapat bahawa pengurusan dan perancangan yang baik membantu dalam mencapai matlamat organisasi.
  • Di samping itu, saya dapat mengetahui bahawa tugas-tugas dalam sesebuah organisasi haruslah dibahagikan secara sistematik agar ianya lebih berstruktur.
  • Dalam aspek kepimpinan dan kawalan, kita sebagai usahawan juga perlu peka terhadap aspek ini.
  • Bagi saya, usahawan juga mesti peka dengan keadaan pemasaran sebelum memulakan perniagaan dan mengetahui strategi yang terbaik untuk menarik pelanggan mereka.
  • Kewangan dalam perniagaan juga harus dipantau agar kewangan perniagaan dalam keadaan yang stabil.
  • Kesimpulannya, usahawan hendaklah mengkaji cara mengurus projek perniagaan secara mendalam agar perniagaan lebih sistematik.

Refleksi Mingguan Munira

NAMA            : MUNIRA BINTI MUHIYDDIN
NO MATRIK  : PEK120014



TOPIK 1: KONSEP DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari mengenai kepentingan keusahawanan. Salah satu daripadanya ialah membantu melahirkan indidvidu yang positif yang berjaya serta mempunyai ciri survival, daya tahan dan daya saing yang tinggi.
  • Saya turut didedahkan dengan konsep usahawan dan keusahawanan.
  • Usahawan merupakan perintis kepada kejayaan aktiviti perniagaan. Manakala keusahawanan merupakan satu proses dinamik untuk mencipta kekayaan.
  • Pensyarah turut menerangkan 11 ciri keusahawanan menurut Kao (1991) dan 15 ciri usahawan berjaya menurut perspektif islam.
  • Selain itu, pensyarah memberitahu mengenai perkembangan keusahawanan di Malaysia dimana sebenarna keusahawanan telah bermula seawal zaman kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing.
  • Dengan ini, saya boleh mengaplikasikan kesemua ciri yang diterangkan supaya boleh menjadi salah seorang usahawan yang berjaya. Selain itu, ciri-ciri keusahawanan yang diterangkan boleh menjadi pembakar semangat untuk lebih bersungguh-sungguh menjalankan sesuatu perniagaan.


    TOPIK 2: ANALISIS KOMPETENSI KEUSAHAWANAN DIRI
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tentang bagaimana hendak membangunkan tahap kompetensi keusahawan diri.
  • Pensyarah menerangkan 13 aspek yang perlu ada dalam seseorang yang ingin menjadi usahawan. Sambil penerangan dilakukan, saya menganalisis kesemua ciri-ciri tersebut dengan diri.
  • Saya juga diterangkan mengenai kepentingan aspek-aspek tersebut perlu ada dalam diri seorang usahawan.
  • Sebagai contoh, aspek inisiatif. Sikap individu yang berinisiatif adalah giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang, keluaran atau perkhidmatan yang baharu. Manakala kepentingan aspek inisiatif pula ialah seseorang yang ingin memulakan tidak akan mengharapkan peluang datang bergolek malah usahawan tersebut yang perlu mencari peluang.
  • Selain itu, pensyarah mengharapkan kami dapat mempamerkan ciri keusahawan dalam diri selepas penerangan mengenai kompetensi keusahawanan diri.
  • Daripada kuliah minggu ini, saya berasa lebih yakin untuk menjadi seorang usahawan kelak. Berdasarkan 13 aspek yang diterangkan, saya akan mengaplikasikan dalam diri untuk lebih yakin menjadi seorang usahawan dan bersedia menghadapi cabaran yang bakal ditempuh dalam sesuatu perniagaan.


TOPIK 3: ETIKA KEUSAHAWANAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tentang konsep keberkatan (barakah) dalam sesuatu perniagaan.
  • Pensyarah menerangkan 9 etika keusahawanan yang perlu dipupuk dalam diri seorang usahawan muslim.
  • Hal ini kerana, matlamat mencari keredaan Allah SWT yang menjangkau kehidupan dunia semata-mata seharusnya membataskan tindakan kepada kaedah yang diberkati dan dituntut oleh agama.
  • Oleh itu, seseorang usahawan terutamanya yang beragama Islam hendaklah mengikut panduan khusus untuk menjalankan perniagaan yang digariskan agar perniagaan dijalankan mengikut etika Islam.
  • Hasil pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati etika keusahawanan mengikut etika Islam hendaklah dipupuk pada semua usahawan terutamanya usahawan Islam supaya perniagaan yang dijalankan mendapat keberkatan dan tidak hanya mementingkan keuntungan.
  • Selain itu, etika Islam menjadi panduan khusus bagi mendapatkan rezeki halal dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah.


TOPIK 4: KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, pensyarah menerangkan aspek kreativiti dan inovasi dalam perniagaan.
  • Saya turut mengetahui definisi kreativiti dan inovasi. Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan merupakan jawapan kepada masalah yang kompleks dalam persekitaran perniagaan.
  • Manakala inovasi pula kaedah menghasilkan produk baharu, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak, tidak boleh berpuas hati dengan apa-apa yang ada.
  • Pensyarah juga menerangkan empat fasa dalam proses kreativiti menurut Kuratko dan Hodgetts (2004) iaitu pengumpulan pengetahuan, inkubator, idea dan penilaian dan pelaksanaan.
  • Saya turut mempelajari kepentingan membina idea yang kreatif supaya seseorang usahawan itu boleh mewujudkan peluang-peluang perniagaan daripada masalah, kesulitan, sumber dan situasi yang terhad.
  • Selain itu, pensyarah turut menerangkan 8 ciri individu yang kreatif. Antaranya ialah sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.
  • Saya turut mempelajari 8 teknik menjana idea kreatif dan inovatif yang merupakan antara elemen wajib ada bagi seseorang yang ingin bergelar usahawan.
  • Hasil pembelajaran minggu ini saya mendapati elemen kreatif dan inovatif perlu diaplikasikan bagi semua bakal usahawan supaya pengguna dan pelanggan tidak berasa jemu dengan lambakan perniagaan yang lebih kurang sama.


TOPIK 5: PELUANG PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari bagaimana cara untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan. Setiap usahawan perlu melihat setiap aspek sebagai peluang dan potensi untuk memberikan pulangan pelaburan yang besar.
  • Selain itu, saya turut mempelajari proses untuk mengenal pasti, menilai dan memilih peluang.
  • Apabila proses mengenal pasti, menilai dan memilih peluang berjaya dilakukan dengan baik, seseorang usahawan akan mendapat idea perniagaan yang konkrit.
  • Hasil pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati bahawa peluang perniagaan sentiasa terbuka luas bagi mereka yang rajin mencari dan meneroka. Malah terdapat juga situasi yang berkait dengan penyumbang atau penyebab yang boleh mewujudkan peluang. Oleh itu, seseorang usahawan hendaklah bijak dan rajin mencari peluang supaya dapat memenuhi kehendak dan permintaan pelanggan.


TOPIK 6: KEMAHIRAN MEMULAKAN PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari kemahiran mengenal pasti sumber dimana ianya merupakan kemahiran awal yang diperlukan oleh usahawan atau bakal usahawan.
  • Salah satu cara yang boleh digunakan untuk membantu mengenal pasti keperluan sumber adalah menyenaraikan persoalan bagi setiap perkara seperti modal perniagaan, produk atau servis, lokasi perniagaan dan kelengkapan perniagaan
  • Pensyarah turut mengajar teknik pertanyaan 5W1H (What, Which, Where, When, Who, How) yang boleh digunakan bagi setiap sumber berkaitan.
  • Selain itu, saya mempelajari kemahiran perundingan dimana ianya merupakan satu daripada aktiviti kehidupan.
  • Pensyarah menerangkan kepentingan kemahiran tersebut kerana dalam dunia perniagaan, situasi-situasi perundingan biasanya tidaklah semudah transaksi harian biasa.
  • Proses rundingan yang merangkumi persiapan, perancangan, strategi, taktik dan kemahiran komunikasi untuk mencapai persetujuan yang sesuai bagi kedua-dua pihak.
  • Untuk menjadi usahawan yang berjaya, individu tersebut hendaklah mengetahui kemahiran komunikasi yang berkesan sama ada dari segi lisan mahupun bertulis.
  • Hasil pembelajaran pada minggu ini, saya mendapati bahawa seseorang usahawan atau bakal usahawan bukan hanya perlu mencari peluang malah perlu bijak mengenal pasti sumber. Teknik 5W1H boleh digunapakai dalam proses mengenal pasti tersebut.


TOPIK 7: MERANCANG PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tujuan rancangan perniagaan perlu dibuat. Antaranya ialah untuk membantu seseorang membuat anggaran berkaitan keperluan sumber perniagaan dan seterusnya membuat pengagihan dengan lebih berkesan.
  • Pensyarah turut menerangkan format bagaimana hendak membuat rancangan perniagaan dengan baik.
  • Dengan ini, pengetahuan ini sangat berguna untuk digunakan bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan kerana mempunyai panduan dalam menyediakan rancangan perniagaan.


TOPIK 8: KEMAHIRAN MENGURUS PROJEK PERNIAGAAN
  • Pada minggu ini, saya mempelajari mengenai aspek pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan.
  • Kesemua aspek tersebut merupakan antara aspek penting dalam sesuatu projek perniagaan dimana pentadbiran akan mengkoordinasikan sumber-sumber secara cekap dan berkesan manakala aspek pemasaran pula untuk mengenal pasti keperluan dan kehendak pengguna.
  • Selain itu, saya turut mempelajari cara mengaplikasikan kemahiran menguruskan projek perniagaan.
  • Hasil pembelajaran minggu ini, saya mendapati bahawa kemahiran menguruskan projek perniagaan sangat penting bagi usahawan dan bakal usahawan supaya perniagaan dapat dilaksanakan dengan baik dan sistematik. Hal ini kerana, dalam sesebuah perniagaan akan ada rancangan kewangan. Oleh itu, individu yang mengendalikannya hendaklah mengetahui kemahiran menguruskannya untuk mengetahui titik pulang modal.